Skip to main content

Apakah Pedofilia?

Pedofilia adalah seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak. Pedofilia telah lama terlepas bebas di negara kita.

2007 

pedofilia nurin jazlin
Pedofilia
Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuh adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya.  yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel, dia mungkin adalah ‘friend' Facebook kita, dia mungkin seorang 'jaga' di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan dia sudah pastinya saudara mara salah seorang daripada kita. Pelbagai kemungkinan.

Kes Terbaru

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di universiti terkemuka London. Pelajar ini menyimpan, menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual kanak-kanak yang ekstrim.

Berapa ramai lagikah mereka ini di Malaysia?

Pada awal tahun 2015, ibubapa di UK dikejutkan dengan penemuan website pedofilia berpengkalan di Rusia yang mengandungi 41 juta keping gambar kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut disalin dari akaun media sosial milik peribadi/keluarga mangsa dan dimuatnaik ke website tersebut yang mempunyai beratus-ratus ribu pengunjung dari seluruh dunia.

Petikan dari laporan,
"Most of the images are accompanied by inappropriate comments from users across the world, which show they are being used for sexual gratification.”
Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia adalah yang belum baligh (prepubescent), lelaki dan perempuan.

Awal Tahun ini

Di Malaysia, pada awal tahun ini, seorang bayi berusia 7 bulan dirogol suami pengasuh di Kepong. Ini bukanlah satu-satunya kes di Malaysia yang melibatkan bayi. Ada lagi yang telah dilaporkan. Beginilah betapa jahat dan sakitnya seorang pedofilia.
Adakah kita tidak perlu kisah?
BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?  

Nukilan

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki