Berjalan 10 000 langkah sehari : 10 000 steps a day Cabaran berjalan 10 000 langkah sehari Kajian menunjukkan bahawa berjalan 10,000 langkah sehari akan dapat meningkatkan kesihatan anda . Mulakan langkah anda hari ini. Ia amat mudah. Sesiapa pun mampu berjalan, orang tua, orang muda, ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak. Tiada alasan untuk tidak berjalan kecuali anda ada masalah kesihatan. Setiap langkah boleh membina stamina, membakar kalori yang berlebihan dan memberikan anda jantung yang lebih sihat.