Ukuran pinggang anda berkait rapat dengan indeks jisim badan (BMI), dan sering dilihat sebagai cara yang lebih baik untuk assess risiko mendapat penyakit kronik. Mengukur lilitan pinggang anda adalah cara mudah untuk memberitahu berapa banyak lemak badan yang anda ada dan di mana ia terletak di dalam badan anda. Di mana lemak anda terletak boleh menjadi petanda penting dalam risiko anda mendapat masalah penyakit kronik Tidak mengira ketinggian atau bentuk badan anda, bagi kebanyakan orang dewasa ukuran pinggang yang lebih besar daripada 90cm untuk lelaki dan 80cm untuk wanita merupakan petunjuk tahap deposit lemak dalaman yang mengelilingi jantung, buah pinggang, hati dan pankreas, dan meningkatkan risiko kronik penyakit. Jadi bagaimana untuk mengukur pinggang anda? Jom buat sendiri, mudah sahaja, lihat gambar rajah di bawah: klik pada gambar untuk melihat lebih jelas 1. Cari ba...