10 info penting mengenai kalsium untuk kanak-kanak dan remaja 1. Kalsium adalah mineral penting dalam tubuh dan 99 peratus kalsium terdapat pada tulang . Kalsium juga ada dalam bahagian badan lain seperti gigi , plasma darah , cecair selular dan tisu lembut. 2. Kalsium diperlukan untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan otot. 3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang 4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang (osteoporosis) 5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku 6. ...