Skip to main content

Kalsium: pentingkah ia untuk tumbesaran kanak-kanak?

assalamualaikum pembaca budiman, 

suka sekali saya nak kongsikan tentang pentingnya kalsium .. untuk siapa ye? biasa disebut untuk ibu hamil dan ibu menyusu..ni saya ingin sentuh sikit pentingnya kalsium untuk kanak-kanak dan remaja



Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.

Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. 

Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.
Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna.

Sebanyak 90 peratus pertumbuhan pesat tulang berlaku dalam tempoh kanak-kanak membesar dan pada usia persekolahan. Namun malangnya apabila semakin membesar, penekanan terhadap kepentingan minum susu semakin berkurangan, sekali gus menjejaskan perkembangan tulang yang sihat.


Kanak-kanak di Malaysia cenderung mengurangkan pengambilan susu apabila meningkat dewasa dan kajian pada 2010 menunjukkan mereka tidak mendapat kalsium secukupnya daripada diet harian.

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.

Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.


Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat. 

Lebih menarik, kanak-kanak dan remaja yang mengamalkan pemakanan kaya kalsium akan menyimpan mineral itu dalam tulang mereka dan mampu membantu mengekalkan kekuatan tulang mereka untuk sepanjang hayat.

Pemakanan yang kaya kalsium ketika usia membesar, boleh memastikan tubuh tidak mengambil kalsium daripada tulang. Ini kerana tulang mempunyai simpanan kalsium sendiri dan menyimpan sebanyak kalsium yang boleh ketika kanak-kanak akan membantu mencapai jisim tulang terbaik.

penting !!! Apatah lagi apabila mencecah penghujung usia remaja, simpanan akan ditutup menyebabkan kita tidak dapat menambah bekalan kalsium, tetapi hanya boleh mengekalkan jumlah yang ada supaya tulang tetap kekal sihat.

Selain pengambilan susu atau makanan yang kaya kalsium, tulang yang kuat juga boleh dikekalkan dengan mengambil pemakanan yang mampu memastikan kalsium dapat diserap secara maksimum.

Kalsium penting untuk mengekalkan jisim tulang untuk menyokong struktur rangka, apatah lagi tubuh sentiasa menggunakan kalsium untuk memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. 

Dengan menjaga pemakanan yang kaya dengan khasiat kalsium, kanak-kanak mampu mengekalkan tahap kalsium yang sihat tanpa perlu mengambil suplemen. Sumber terbaik bagi kalsium antaranya produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu, sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kailan, kekacang dan pis seperti tauhu, kacang tanah dan kacang hitam, ikan seperti sardin dan salmon selain buah oren dan badam.

Selain itu, sesetengah nutrien dan vitamin mampu membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh misalnya vitamin D. Ia selalunya didapati dalam makanan seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.


Di banyak negara termasuk Malaysia, susu, roti dan bijirin ditambah dengan kalsium bagi membantu ramai mendapat kalsium yang cukup, seterusnya membina masyarakat yang lebih sihat dan kuat.


Sementara itu, sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang.





Malah, melalui kajian yang dilakukan, didapati ramai kanak-kanak kekurangan zat kalsium kerana mereka kurang minum susu, sedangkan pertumbuhan tulang mereka berada pada tahap paling pesat.


sumber : harian metro (Faizatul Farlin Farush Khan) Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/02, http://www.hmetro.com.my/articles/Kalsiummineralpenting/Article

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki