Skip to main content

Cara makan vitamin dalam pantang: pesanan doktor anda

Assalamulaikum  wbt.

Dah selamat bersalin? Tahniah diucapkan.. semoga anak menjadi penyejuk hati dan bekalan untuk hari akhirat nanti in shaa Allah.

Kali ni saya nak cerita aturan basic untuk makan set pantang full -
Set pantang full ada
v  ESP
v  Vitalea
v  Vitamin c
v  B complex
v  Zinc
v  ostematrix
v  omega guard (optional)


Q: macam mana nak mula ye?
A: Boleh mulakan pagi dengan minum ESP 1+ 1/2 sudu besar, boleh bancuh campur dengan milo, sunquick, strawberry madu atau kurma, ikut selera masing2. boleh start sekarang.. iaitu dari mula pantang :)
Q: Lepas tu?
A: Lepas tu boleh makan
1.      Vitalea 1 biji
2.      b complex 1 biji
3.      vitamin c 2 biji
4.      zinc 1 biji (jgn lebih ye)
Kalau perut boleh tahan vitalea and zinc tu baik makan sebelum minum ESP tapi kalau perut yang tak tahan rasa loya bila ambik vitamin masa perut kosong boleh lah makan selepas sarapan.
Biasakan sarapan awal pagi dengan ESP, perut rasa selesa je.. boleh ambik seawall 7 pagi.. lepas tu kul 8 baru sarapan :) 

Q: kenapa kena ambil vitamin c 2, biasakan satu je?..
A: sebab anda kan sedang dalam pantang nak pulihkan badan.. jadi perlu lebih sikit vitamin c?.. berilah badan anda luxury of vitamin supaya dengan izin Allah cepat sembuh

Q: pentingkah ambil zinc dalam pantang?
A: penting sangat sebab zinc sangat menbantu dalam proses pemulihan. Banyak sangat tisu badan kite yang cedera semasa melahirkan anak.. memang semua tisu itu akan baik juga akhirnya tetapi jika ada bekalan vitamin yang mencukupi ia akan baik dengan sempurna dan cepat in shaa Allah.. nak baik cepat tak ni :)

Q: kenapa dah ambil vitalea kena ambil b complex dan vitamin c lagi? Kan itu dah multivitamin?
A: vitalea adalah multivitamin yang mengandungi semua vitamin dan mineral dalam badan kite tetapi kuantitinya adalah sederhana. Dalam keadaaan tertentu keperluan sesetengah vitamin dan mineral melebihi keperluan pada hari biasa. Jadi tempoh pantang ni tempoh hari biasa atau hari luar biasa?.. badan anda yang dah berubah selama 9 bulan ingin kembali kepada asal dalam masa 6 minggu sahaja?.. jadi bantulah badan anda dengan memberinya vitamin yang ia perlukan :)

Q: kalau saya makan ikan setiap hari perlu lagi ke nak ambil omega guard?
A: baguslah kalau makan ikan setiap hari sebab protein ikan sangat bagus, kurang lemak tepu yang bahaya untuk jantung . jadi tidak mengapa jika anda tak makan omega guard, sebab anda mengamalkan diet yang baik
tetapi jika anda masih nak makan pun tiada salahnya sebab omega guard Shaklee special dari jenis ikan yang sukar didapati.

Q: okay.. kalau macam tu bila pulak nak ambil ostematrix?
A: Malam boleh bancuh sekali lagi ESP, buat sesudu setengah lagi macam pagi. Tahukah anda 3 sudu besar ESP ada 500 mg calcium. Anda perlu 1000mg calcium setiap hari, jadi 500 mg dari ESP, 500mg dari ostematrix :)

Q: Kenapa nak ambil mlm pula?
A: Malam baby nak minum susu tak? :) kalau baby nak minum susu, mummy kena lah minum juga barulah susu penuh khasiat.. kadang-kadang penghasilan susu pada waktu malam jauh lebih banyak dari waktu siang kerana malam lebih tenang.. badan kita kurang stress.. jadi sebab tu kalau tak minum susu nanti tengah malam lapar…
So lepas ambil ESP tu eloklah ambil ostematrix. Sebenarnya lebih elok ambil oste sebelum minum ESP  tapi kadang-kadang ia menyebabkan perut rasa bloated jika kosong, so ambil lepas minum ESP atau air milo atau lepas makan malam pun tak mengapa.. yang penting makan…
p/s:  kalau rasa pagi banyak sangat nak telan boleh tukar b complex kepada malam, tiada masalah.. sebab yang penting makan..

Q: Omega guard?..
A: omega guard boleh ambil 3 biji setiap kali lepas lunch and dinner, atau lepas makan berat.. penyerapan omega 3 ni elok selepas kita makan sebab badan dah hasilkan enzyme untuk cernakan omega 3 ni. Kalau ambil perut kosong kurang sikit serapan dia

Q: Adakah saya memang kena ikut jadual ni macam ni jugak?
A: Tak semestinya boleh adjust ikut kesesuaian kite sendiri. ikut kemampuan perut nak tolerate vitamin semua tu. ada orang boleh makan zinc dengan perut kosong, ada yang tak boleh.. lagi kalau tak boleh minum ESP, jadi sumber calcium kurang.. jadi ambil lah ostematrix 2 biji pagi dan 2 biji petang

Q: eh alfalfa kena makan dalam pantang tak?
A: seeloknya jangan makan alflafa dalam pantang tetapi tunggu sehingga usia anak 2 bulan ke atas..

Q: kenapa tak boleh makan alfalfa? 
A: sebab ada sesetengah bayi sistem gastrointestinal dia belum matang jadi tidak sesuai untuk di makan oleh ibu berpantang. 

Q: ada lagi?
A: ada, minum lah air masak dalam kuantiti yang mencukupi baik untuk system perkumuhan badan kita.
Q: lagi?
A: Selamat berpantang !!! Saya doakan anda cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. 

Jika ada sebarang pertanyaan jangan segan untuk Tanya di ruangan comment atau hubungi saya
v  Dr Safiya SID 968111
v  Phone 0162229140
v  FB https://www.facebook.com/safiya.amaran.doctor.of.public.health


Comments

Popular posts from this blog

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa Shaklee

Lecithin dan Alfalfa Shaklee Cara makan lecithin dan alfalfa yang tepat Lecithin Kenapa kena ambil  lecithin ?  Apakah fungsi  lecithin ? Lemak-lemak yang berlebihan dalam badan kita perlu dibakar  agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.. Lecithin ni bertindak sebagai emulsifier, untuk memecahkan lemah dalam badan kita.  klik sini untuk baca senarai penuh khasiat lecithin .  dah ukur lilitan pinggang? tak tahu cara nak umur,  mari belajar  :) Cara makan lecithin: Kaedah 1:        Jika kita makan makanan berat 2 kali iaitu lunch dan dinner then kita boleh ambil 3 biji selepas lunch, 3 biji selepas dinner. Kaedah 2:        Ataupun jika heavy meal kita cuma sekali sehari iaitu tengahari, then boleh makan 6 biji pada waktu tengahari. Kaedah 3:        Jika heavy meal kita 3 kali sehari, then boleh makan 2 biji set...

4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Berjalan: Baca Hanya Bagi yang Serius Nak Kuruskan Badan

Berjalan 10 000 Langkah: 4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Anda pasti sedang bersemangat tinggi untuk memulakan langkah ribuan anda hari ini. Tapi pada masa yang sama anda juga pasti ingin tahu adakah teknik berjalan anda itu betul. Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi dan yang penting, membakar lemak semestinya!! ... Penting sangat untuk pastikan anda berjalan dengan teknik yang betul kerana anda bukan sekadar berjalan sehari tetapi sepanjang hidup , bukan?