Skip to main content

4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Berjalan: Baca Hanya Bagi yang Serius Nak Kuruskan Badan

Berjalan 10 000 Langkah: 4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua


Anda pasti sedang bersemangat tinggi untuk memulakan langkah ribuan anda hari ini. Tapi pada masa yang sama anda juga pasti ingin tahu adakah teknik berjalan anda itu betul. Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi dan yang penting, membakar lemak semestinya!! ...Penting sangat untuk pastikan anda berjalan dengan teknik yang betul kerana anda bukan sekadar berjalan sehari tetapi sepanjang hidup , bukan?


Ok jom baca:

4 Teknik Berjalan Dengan Betul

  1. Tegakkan postur badan. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.  Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
    perhatikan langkah anda
  2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
    hayunan tangan amat penting. pilih cara yang betul
  3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
    latih badan anda di kedudukan yang terbaik
  4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
    oppss... jangan sampai kekurangan air berlebihan ya


  • Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  • Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  • Cuba untuk melakukan senaman berjalan yang terancang di trek berdekatan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
    Trek 10 000 langkah di Taman Tengku Anis kegemaran kami di Kota Bharu


Ada orang memodifikasi aktiviti seharian bagi mencukupkan ribuan langkah sehari,
jom naik tangga .. alah bisa tegal biasa
namun, bagi mereka yang memang tidak banyak berjalan sewaktu bekerja, anda mungkin merancang untuk pergi ke trek sebegini. Jika anda memperuntukkan masa sejam atau dua jam di trek untuk habiskan 10 000 langkah, anda perlu tahu 5 tips ini:

5  Tips untuk anda memulakan aktiviti berjalan :


contoh regangan badan yang mudah
  1. Panaskan badan dan lakukan regangan.
  2. Selepas senaman berjalan, sejukkan badan
  3. Lakukan aktiviti sekurang kurangnya 2 jam selepas makan.
  4. Pastikan minum air secukupnya. Saya cadangkan anda minum Performance drinks Shaklee.
  5. Elakkan minum air berkarbonat/bergas


8 petua supaya boleh sentiasa bermotivasi untuk berjalan 10 000 langkah:


  1. Tetapkan matlamat anda
  2. Rekodkan kemajuan anda
  3. Peruntukkan waktu yang tetap untuk berjalan kaki
  4. Pilih waktu yang terbaik
  5. Pakaian yang sesuai
  6. Berfikiran positif.
  7. Berjalan kaki bersama orang lain
  8. Pedulikan apa orang akan kata - “Fikirkan berjalan untuk kesihatan” 





Hubungi saya harini untuk product Shaklee yang paling sesuai untuk anda:

Safiya
0162229140
Safiya5462@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: