Berjalan 10 000 langkah sehari : 10 000 steps a day
Cabaran berjalan 10 000 langkah sehari
Kajian menunjukkan bahawa
berjalan 10,000 langkah sehari akan dapat meningkatkan kesihatan anda.
Mulakan langkah anda hari ini. Ia amat mudah. Sesiapa pun mampu berjalan, orang
tua, orang muda, ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak. Tiada alasan
untuk tidak berjalan kecuali anda ada masalah kesihatan.
Setiap langkah boleh membina
stamina, membakar kalori yang berlebihan dan memberikan anda jantung yang lebih
sihat.
Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi.
Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi.
Kempen berjalan 10 000 langkah di Malaysia
Di Malaysia, bermula pada tahun
2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah .
Kempen ini disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun kerana golongan
ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang
lalu (47.3 % tidak aktif).
Inisiatif telah diambil untuk
mewujudkan trek berjalan 10,000 langkah di setiap negeri. Sehingga 2013
terdapat 45 trek 10,000 langkah di seluruh negara. Berikut adalah contoh
beberapa Trek 10,000 Langkah di beberapa buah negeri.
Trek Taman Tengku Anis Pengkalan Chepa Kelantan. |
Trek 10,000 Langkah di Taman Tasik Shah Alam |
Trek 10,000 Langkah di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah |
Apa yang begitu istimewa tentang berjalan?
Berjalan boleh dilakukan hampir
di mana sahaja, pada bila-bila masa, dan dalam mana-mana keadaan cuaca. Ia juga
merupakan cara terbaik untuk bergerak dari A ke B. Sebenarnya mudah
sahaja untuk anda muatkan aktiviti berjalan ke dalam rutin harian anda jika
anda benar benar mahu melakukannya.
Bagaimana saya tahu berapa banyak langkah saya dalam sehari?
Rata-rata orang berjalan antara
3,000 dan 4,000 langkah setiap hari. 1000 langkah adalah sama dengan
kira-kira 10 minit berjalan pantas. Untuk mengetahui berapa banyak
langkah-langkah yang anda ambil setiap hari, membeli alat pengukur langkah
(pedometer). Anda mungkin mendapati bahawa anda berjalan hampir 10,000 langkah sehari, atau yang anda berjalan kurang daripada yang anda fikirkan.
pedometer ukur langkah bagi capai target 10000 langkah |
Pedometer: cara guna: Klip dengan kukuh kepada tali
pinggang atau tali pinggang anda, pedometer akan mengukur setiap langkah anda:
di rumah , di pejabat , membeli-belah, ke sekolah atau taman.
Berapa banyak kalori yang dibakar jika berjalan 10,000 langkah sehari?
Berapakah berat anda? Seseorang
seberat 70kg boleh membakar kira-kira 440 kalori dengan berjalan 10,000 langkah
laju. Jika anda sedang cuba untuk kuruskan badan, anda harus target untuk membakar 600 lebih kalori daripada yanganda ambil dalam melalui makanan dan minuman setiap hari. Ketahui lebih lanjut:
Fakta Berjalan 10,000 Langkah.
University of
Alberta telah siarkan keputusan kajian mereka iaitu berjalan 10 000 sehari
selama 6 bulan secara konsistent tanpa membuat extra fizikal aktiviti seperti pergi
gym dan lain-lain.
Dan
terbukti! Peserta-peserta berjaya turun berat
dan juga lilitan pinggang mereka berkurangan. Ini membuktikan mereka
betul betul kehilangan lemak!! (March 2010 dalam Journal of
Physical Activity and Health)
Bagaimana jika saya tidak membuat apa-apa senaman pada masa ini ?
Jika anda sangat tidak aktif,
tingkatkan jarak berjalan kaki anda secara beransur-ansur. Tidak ada sesiapa
yang terus dapat 10,000 langkah pada hari pertama! Jika anda bimbang tentang
sendi anda atau mana-mana keadaan kesihatan yang sedia ada, tanyalah doktor
anda. Jika sendi ada masalah, anda boleh mencari alternative lain. Yang penting
mulakan usaha anda hari ini. Baca
tentang faedah & kebaikan berjalan untuk untuk menambahkan motivasi
anda.
Berapa lama saya perlu terus berjalan?
Sepanjang hayat anda!
Kehidupan yang aktif adalah satu
tabiat kesihatan sepanjang hayat. Ia baik untuk mencegah pertambahan berat
badan, memperbaiki mood anda, dan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit
serius, seperti penyakit jantung. Ia mengambil masa untuk sesuatu aktiviti biasa
dapat menjadi tabiat yang sihat, jadi hanya terus buat secara istiqamah dan ia
akan menjadi kebiasaan anda! In shaa Allah. Mulakan hari ini
Selamat Berjaya!!
Dr Safiya
Amaran
0162229140
Safiya5462@gmail.com
Banyak kelebihan bila hidup dalam suasana yang sihat...semoga saya pun akan diberi kerajinan untuk meneruskan aktiviti sebegini..hehe
ReplyDeleteIn shaa Allah, Ameen
ReplyDelete