Skip to main content

Rahsia dan Tips Konsisten 10 000 Langkah Sehari untuk Kuruskan Badan

Konsisten 10 000 Langkah Sehari untuk Kuruskan Badan



Assalamualaikum wbt..


we meet again 

Usaha Untuk Kuruskan Badan


Ini adalah sambungan kepada beberapa penulisan saya berkaitan dengan berjalan 10 000 langkah sehari untuk turunkan berat badan... saya percaya anda bersemangat sekali nak kuruskan badan kan? .. tetapi kadang penurunan tu tak berlaku seperti yang telah di target... rasa susah nak exercise.. susah nak jaga makan... opps... jangan bersedih dahulu... 
jangan putus asa!
Adakah anda sudah baca siri yang lebih awal mengenai kajian saintifik buktikan berjalan 10 000 langkah sehari efektif untuk kuruskan badan. penulisan ini boleh meningkatkan motivasi anda dengan izin Allah.



Berjalan Kaki 10 000 Langkah Sehari

Berjalan kaki 10 000 langkah sehari adalah antara senaman atau aktiviti fizikal yang amat disarankan oleh KKM dan juga pakar kuruskan badan. tahukah anda mengapa? haa...dah baca pasal berjalan 10 000 langkah? kalau belum, jom ketahui apa yang special sangat pasal 10 000 langkah sehari ni.

Ramai yang bersemangat untuk berjalan 10 000 langkah sehari sebaik mengetahui akan kebaikannya.. tetapi selepas seminggu dua semangat mulai luntur.. rasa malas mula menjengah.. apa nak buat? .. jom saya kongsikan rahsia tingkatkan motivasi untuk berjalan kaki secara konsisten.

Kini bukan lagi rahsia: Pedometer


Kajian menunjukkan pedometer boleh menjadi satu alat motivasi yang sangat berkesan. Ia mampu menggalakkan anda untuk berjalan lebih jauh lagi supaya dapat mencapai target 10 000 langkah sehari!

pedometer menambahkan motivasi untuk berjalan 


Sesetengah pedometer juga mampu mengukur kedua-dua, jarak dan juga nilai kalori yang telah dibakar, jika anda telah setkan berat dan tinggi anda ke dalam pedometer tersebut. Malah sesetengah pedometer juga boleh ukur denyutan nadi anda semasa berehat dan juga semasa membuat aktiviti fizikal.

Tahukah anda?




500 gram lemak anda
  • 500 g lemak mengandungi 3500 kcal
  • 500 g lemak yang boleh dibakar dengan berjalan 120, 000 langkah seminggu atau 17 000 langkah sehari !!
  • 17 000 langkah adalah bersamaan lebih kurang 3.5 batu bagi orang biasa. 


Jadi apakah target anda? 

10 000 atau 20 000 langkah sehari?


Ah, boleh ke tu, macam banyak sangat je kena jalan? That sounds like too much to fit into the busy day of a working Malaysian, tetapi percayalah!... Anda mampu melakukannya jika anda ubah suai sedikit aktiviti harian anda. belum cuba belum tahu..

Fikirkan boleh, anda mampu lakukannya

Jadi sekarang anda dah ada pedometer untuk ukur langkah, jadi nak buat macam mana supaya dapat capai targat 10000 langkah? Jom saya share 5 tips mudah:

Tips Capai 10 000 Langkah Sehari :


1. Park lebih jauh di tempat kerja, ataupun turun di hentian commuter/LRT yang awal sedikit dan sambung perjalanan dengan berjalan. Alah bisa tegal biasa!



2. Gunakan tangga di tempat kerja atau di mana sahaja
3. Berjalan untuk pergi makan tengahari. cari kawan yang sama sama ingin berjalan 10000 langkah sehari.

4. Ubah hobi atau kebiasaan anda pada waktu lapang.
Contoh: Dengan window shopping pun sebenarnya anda telah berjalan berjam jam tanpa anda sedari.

5. Bawa bersama keluarga anda untuk berjalan kaki


Apabila anda dah cuba buat semua ni anda pasti terkejut tengok bilangan langkah anda di pedometer anda! so kat mana boleh beli pedometer?..ia ada di jual di kebanyakan kedai yang menjual peralatan medical seperti bp set, wheel chair dan lain-lain. harga?.. ada bermacam jenis, so ada bermacam harga, kalau standard jenama omron harga about RM200, ada yang RM100, harga bergantung kepada jenis dan fungsi pedometer tersebut.

SELAMAT MENCUBA 

SEMOGA BERJAYA


Teruskan membaca: 


Hubungi saya harini untuk order supplement Shaklee:

Safiya
0162229140
Safiya5462@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki