Skip to main content

Berjaya Kuruskan Badan I: Anda Hilang Lemak Atau Otot?

Berusaha Gigih Untuk Kuruskan Badan


Berjaya Turunkan Berat Badan


lemak yang hilang bila turun

walaupun cuma satu pound (300 gram)

Anda berjaya turunkan berat badan? Adakah anda telah kehilangan lemak? …atau adakah anda sebenarnya turun berat badan sebab kehilangan otot manakala lemak anda masih banyak lagi?

 … jangan tertipu dengan penimbang.. ukurlah ukuran lilitan pinggang anda.. ia lebih tepat menggambarkan kadar lemak dalam badan anda berbanding BMI sahaja.
Jangan lupa ukur ya. mudah sahaja. Saya terangkan step by step dalam entry saya terdahulu
Cuba lihat rajah dibawah: Orang yang ada ukur lilit pinggang yang lebih besar sebenarnya ada lebih banyak lemak walaupun berat  badan mereka serupa.

Ukur lilit pinggang menggambarkan lemak 
yang ada dalam badan kita. 

Hilang lemak vs hilang otot

Apa beza antara fat loss (hilang lemak) dan muscle loss (hilang otot)? secara kasar berat badan anda akan berkurangan dalam kedua dua keadaaan..


Lemak dan Otot:
Berat yang sama tetapi kuantiti jauh berbeza 

Ok, jika anda berminat nak tahu sama ada berat yang anda hilang tu adakah lemak atau otot, ada beberapa konsep yang perlu difahami. 


Ada dua point yang sangat penting iaitu nutrisi dan aktiviti fizikal. Bagi mereka yang ingin kuruskan badan dengan membakar lemak, adalah sangat penting untuk faham tentang keperluan nutrisi meliputi macronutrients iaitu karbohidrat, protein, dan lemak untuk fungsi utama badan kita. 

Selain itu jenis aktiviti fizikal yang dibuat, juga sangat penting untuk pastikan yang masa yang anda gunakan untuk bersenam itu berjaya  menghasilakn pembakaran lemak dan bukannya disebabkan kehilangan air, otot atau sebab sebab lain.

Saya mulakan dengan menunjukkan rajah yang terangkan secara ringkas fungsi asas karbohidrat, protein dan lemak. 
Karbohidrat amat penting untuk 
membekalkan tenaga untuk 
semua fungsi penting dalam badan

Protein (amino acid) 
amat penting dalam pembinaan otot. 
Size otot menentukan kadar penggunaan kalori

Lemak amat penting untuk fungsi hormon 
yang amat penting untuk badan manusia

Ketiga tiga component macronutrients ni sangat penting untuk badan manusia! jadi anda perlu pastikan anda ada karbohidrat yang cukup dalam nutrisi seharian anda.

Kenapa ?

Ini amat penting jika matlamat anda ialah inginkan kehilangan lemak (fat loss).. rahsianya ialah bukan mengurangkan macro nutrients, tetapi bagaimana kita mengatur dengan baik pengambilan ketiga-tiga macro nutrients ini.


Pembakaran tenaga (kalori)


Adalah penting untuk kita faham bagaimana otot kite menggunakan kalori yang kita makan untuk pergerakan otot. Setiap pergerakan kita melibatkan otot/muscle.  Jadi muscle/otot kite memerlukan tenaga (energy).  
Nilai kalori yang dibakar untuk setiap aktiviti

Energy datang daripada glukosa/glucose. Glucose ialah unit ringkas bagi karbohidrat. Bila kehabisan glucose, badan guna lemak/fat untuk dapatkan tenaga. Yang terakhir badan akan guna/pecahkan protein dari otot untuk hasilkan tenaga.  

Jadi bila kita buat banyak exercise tapi makan karbohidrat terlalu sedikit memang risiko kehilangan otot itu tinggi kerana badan tidak dapat tenaga yang mencukupi dari karbohidrat.

Kesemua otot dalam badan kita menggunakan tenaga daripada adenosine triphosphate ataupun disebut ATP. Sumber utama ATP ialah glucose yang tersimpan di dalam otot dan hati, sebagai glycogen (glucose dan air). Sebab tu penting sangat karbohidrat dalam nutrisi harian kita.

Ada dua point yang sangat penting iaitu nutrisi dan aktiviti fizikal bagi mereka yang ingin kuruskan badan dengan menbakar lemak. Ingin tahu ? ...bersambung dalam entry seterusnya. Jom baca!


Ubah Target Anda Kepada 
Hilang Lemak (Inch Loss) 
Dan Bukan Sekadar 
Turun Berat Badan


Teruskan membaca:
Hubungi saya untuk bertanya lebih lanjut:

Safiya
0162229140
Safiya5462@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: