Skip to main content

Kenapa Rambut Saya Gugur Selepas Bersalin?

Rambut Gugur Selepas Bersalin


Anak saya baru pandai balas senyuman saya tapi, kenapa rambut saya ni!! Saya baru lahirkan anak 3 bulan yang lalu, sekarang rambut saya banyak gugur….



Normal ke ni atau saya ada masalah?

Ramai ibu yang baru melahirkan anak terkejut bila tengok  rambut berguguran atas lantai atau rambut lekat banyak sekali dekat sikat… kadarnya lebih daripada semasa mengandung dan semasa dalam pantang… sebenarnya fenomena ini adalah sesuatu yang normal!!!


Jangan panik dulu ibu ibu sekalian… rambut anda tak akan berterusan gugur sampai boleh botak … Dan kebiasaannya rambut anda akan kembali ke ketebalan asal bila anak menyambut harijadinya yang pertama (Lama ke?).. tak lama sangatkan... nak lagi cepat .. kalau anda terus mengandung kembali selepas bersalin 6 bulan, rambut anda tidak akan gugur lagi.. malah akan menebal semula.

Jadi kenapa sebenarnya rambut gugur?

Ini yang terjadi.. secara purata  lebih kurang 85 - 95 % daripada keseluruhan rambut kita akan dalam fasa pertumbuhan manakala 5-15 % lagi dalam fasa berehat. Selepas waktu rehat, rambut tersebut akan mula gugur.. biasanya kita akan perasan rambut gugur masa shampoo dan masa sikat rambut…rambut ni kemudiannnya akan diganti dengan rambut yang lain…

Tahukah anda secara purata rambut wanita gugur 100 helai sehari !!

Tapi masa mengandung tidak banyak pun rambut gugur?

Semasa mengandung tahap hormone estrogen yang tinggi memanjangkan tempoh pertumbuhan rambut. Jadi disebabkan keadaaan hormone itu, cuma sedikit peratusan rambut yang dalam keadaaan rehat ..jadi.. sikit saja lah rambut yang gugur. Kita akan rasa rambut kita lebat dan sihat. Lantai pun kelihatan bersih je kan..

Perubahan hormone estrogen.

Selepas melahirkan anak, tahapestrogen menurun dengan ketara jadi semakin banyak rambut kini berada dalam keadaan rehat. Ini menyebabkan lebih banyak rambut yang gugur bila anda sikat rambut dan shampoo rambut… perubahan rambut gugur ini nampak ketara sekali..
Tetapi ia sebenarnya akan secara perlahan kembali kepada keadaaan asal dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas bersalin…


Namun begitu tidak semua ibu yang baru bersalin akan mengalami perubahan yang yang ketara sama ada semasa mengandung, pantang atau bersalin. Biasanya perubahan ini lebih ketara dalam kalangan mereka yang berambut panjang.

Apa yang boleh saya lakukan?

Anda memang tidak boleh menghalang rambut dari gugur kerana ia melibatkan perubahan hormone dalam badan yang diluar kawalan kita.  Namun begitu tak bermakna anda tak boleh buat apa-apa.

Ingin tahu apa yang anda boleh lakukan? .. jom baca lagi entry seterusnya: Bagaimana Mengatasi Rambut GugurSelepas Bersalin.

Anda pasti berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Silakan baca:



Hubungi saya harini untuk order:


Safiya Amaran
0162229140
www.safiyaamaran.com

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki