Skip to main content

Rahsia Keberkesanan Shaklee Enfuselle: Ketahui Kaedah Asas Yang Tepat

Kaedah Asas Menggunakan Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy


Assalamualaikum wbt..

Dah semakin ramai yang membeli dengan saya set Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™ ini.  Ramai yang memberi feedback positive selepas menggunakannya..
Bagi memudahkan lagi semua pelanggan saya.. saya ceritakan di sini secara ringkas cara menggunakan set Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™ ini.
 
Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™

Teknik Asas Penggunaan Skin Care


Ramai orang yang menggunakan skin care untuk penjagaan kulit muka mereka. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui perkara asas dalam penggunakan skin care ini. Jom baca untuk mengetahui adakah kaedah anda selama ini bertepatan.


Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui mengenai skin care ini sebelum anda membeli dan memilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda. Yang paling penting ialah anda perlu kenali jenis dan masalah berkenaan kulit muka anda. Saya akan kongsikan di dalam entry yang lain. Kali ni saya cuma nak sharekan mengenai teknik asas penggunaan Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy yang terdiri daripada:

  • Cleanser 
  • Toner
  • Moisturizer


Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy ini ada dua set berbeza mengikut jenis kulit. Ketahui jenis kulit anda sebelum memilih set yang bersesuaian ya. 

1. Enfuselle for normal to dry skin

2. Enfuselle for normal to oily skin


Cara asas penggunaan bagi kedua-dua set ini sama sahaja. Silakan baca ya 

1. Cara Menggunakan Cleanser
cleansing gel


  • Biasanya orang akan basahkan dulu muka sebelum apply cleanser tapi seeloknya jangan basahkan muka dulu.
  • Letakkan cleanser sebesar dua puluh sen di atas tapak tangan kemudian letakkan sedikit air, kemudian gosok tangan tu sampai cleanser tu berbuih-buih
  • Sapukan buih tersebut di muka anda  dan gosokkannya. 
  • Pastikan anda tidak sapu berdekatan dengan mata anda atau kulit bawah mata kerana kulit dibahagian bawah mata amat nipis dan sensitive.
  • Adakah cara gosok anda tepat
    • Cara gosok pun sebolehnya pusing-pusingkan tangan  ke arah atas... ini kerana liang roma kita kan menghala ke arah bawah jadi kalau gosok ke arah atas, buih buih cleanser tu boleh masuk sampai liang roma. 
    • Gosok tanpa membasahi muka terlebih dahulu bertujuan untuk pastikan kotoran dan minyak muka disebatikan dengan cleanser.
    • Bila dah puas menggosok muka anda, bilaslah buih buih tersebut macam biasa.
  • Selepas itu keringkan muka anda dengan tuala yang bersih
  • Kebiasaannya , orang sering guna tuala yang sama untuk muka dan bahagian badan yang lain…..tetapi itu bukanlah cara yang betul. 
    • Sebaiknya gunalah face towel atau tuala yang berasingan untuk mengelap muka anda.
    • Sebenarnya untuk rambut juga perlu ada tuala yg khas. 
    • Secara ideal elok jika anda ada 3 jenis tuala yang berbeza – untuk badan, muka dan rambut. 
    • Secara logiknya mudah sahaja – bukankah anda menggunakan sabun yang berlainan untuk bahagian badan, muka dan rambut.. jadi tidak pelik bukan jika anda perlu tuala yang berasingan juga?

2. Cara Menggunakan Toner
purifying toner


  • Selepas muka anda dah kering dan bersih (menggunakan face towel), letakkan toner tersebut ditapak tangan anda kemudian ‘pat pat’/ dab di muka anda.
    • Dab-dab dengan lembut ya, pastikan anda bukan menggosok muka anda dengan toner tersebut. 
    • Dab dab bermaksud tampar-tampar dengan lembut, pastikan anda tidak gosok kerana semasa anda basuh kulit muka tadi ia sudah digosok.
    • Tujuan dab-dab lembut ialah supaya blood circulation atau perjalanan darah yang lancar dan bagus di bahagian muka. Ia juga bertujuan merangsang kembali kulit muka yang lesu.
  • Jika selepas dab toner ke muka anda, masih terasa ada toner yang basah di muka anda, baru lah gunakan kapas dan sapu dengan cara mengarah/menghala ke atas kat muka. 
  • Ini bertujuan supaya toner diserap masuk ke kulit anda. 
  • Seperti saya sebutkan tadi halakan ke atas kerana liang roma kita menghala ke bawah!
  • Perhatian:
    • Jangan letak toner di atas kapas seperti kebiasaan yang orang buat. Ini kerana toner tersebut akan di serap ke dalam kapas melebihi dari di serap ke kulit anda. (tips daripada facial butik).. Nanti toner tu rugi banyak sebab habis kena di serap kapas. Jadi memang lebih baik dab toner tersebut terus  ke kulit muka.
    • Toner jenis alkohol memang amat cepat diserap. Jadi kalau boleh jangan letakkan di tapak tangan anda lama-lama, lepas tuang dari botol, terus dab ke muka ye.


3. Cara Menggunakan Moisturizer
Balancing moisturizer


  • Apabila toner dah agak agak kering lembab di atas muka anda, barulah sapu moisturizer. 
  • Cara sapu moisturizer pun mesti mengarah ke atas, jangan dihalakan ke bawah sebab nanti tidak diserap sepenuhnya ke kulit anda. Hanya bahan make-up atau sunblock sahaja yang disapu ke arah bawah kerana bahan tersebut bertujuan untuk cover kulit muka, bukan untuk diserap oleh kulit muka.


****Peringatan: Pencuci, toner n pelembab perlu di sapu mengarah ke atas supaya dapat diserap oleh kulit

Ilmu ini saya pelajari dengan sahabat saya Sharifah Zuraiha yang banyak sangat ilmu berkaitan skin care berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan banyak ilmu yang beliau dapati dari pakar-pakar penjagaan kulit muka semasa berkunjung ke facial boutique. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya ini kerana sudi ajar saya perkara asas untuk skin care ini.. banyak sangat yang telah beliau ajar tetapi kali ni saya cuma nak sharekan mengenai teknik asas penggunaan Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy. 

ini cuma kaedah dari luaran untuk atasi masalah kulit muka. Pengambilan supplement amat membantu untuk rawat dari dalam badan anda. Hubungi saya untuk ketahui supplement yang bersesuaian dengan anda.

Hubungi saya harini untuk membeli Set Enfuselle Shaklee

Safiya Amaran
0162229140
safiya5462@gmail.com

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki