Skip to main content

Doa menuntut ilmu : doa yang diamalkan semasa menyiapkan thesis

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan pertolongan dan keizinannya saya dapat menyiapkan thesis saya untuk dihantar ke pada pemeriksa. (belum tahu lulus ataupun tidak... doakan ye :)

Ada sesuatu yang saya nak share dengan pembaca sekalian..

Yang pertama memang tulis thesis ini bukanlah sesuatu yang mudah.. ia amat mencabar.. memerlukan masa, konsentrasi, pemerhatian penuh.. dengan keadaan sebegitu pun kadang kite belum mampu untuk menulis dengan baik..

Antara yang saya rasakan paling mencabar ialah untuk mempunyai rasa passion terhadap research yang dibuat, untuk ada satu rasa bersemangat dan nak usaha dengan bersungguh.. kadang ia tidak datang dengan mudah jika topic research itu sukar.. dan memeningkan…

Ada satu doa yang dikongsikan oleh mak saya sendiri, alhamdulillah bila amalkan doa ini sewaktu hendak menyiapkan thesis, Allah beri suatu rasa kesungguhan untuk saya menyiapkan thesis ini… sukar nak digambarkan macam mana perasaan itu.. benarlah hati ini Allah yang pegang.. Dia yang mampu berbuat apa sahaja ke pada hati manusia..  Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Bila adanya kesungguhan itu, alhamdulillah saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada research saya dan mampu untuk spend masa yang lama setiap hari tanpa rasa letih dan jemu.. Alhamdulillah syukur sangat. Sebab itu saya ingin kongsikan doa itu di sini:-


Doa di dalam surah Al-Ahqaf (15), bermula dengan Rabbi, hingga akhir ayat. 



 'make me so disposed my lord, so that i give thanks ford the favors with which you have blessed me, my father and mother, and that I will do good deeds that will please you. and, make me righteous and also my descendants. to you I repent, and I am among those who surrender. (15)

Moga bermanfaat buat anda

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: