Skip to main content

Doa menuntut ilmu II: Doa yang diamalkan semasa menyiapkan thesis

Assalamualaikum wbt

Sekali lagi saya nak share doa-doa yang di amalkan semasa menyiapkan thesis. Kedua dua ayat Al-Quran ni sangat bermakna buat saya…
1-     Surah At talaq ayat 2-3
2-     Surah At talaq ayat 4

 ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا 

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam 
urusannya  
(Ayat 4 Surah At-Talaq)




Ayat yg mula-mula biasa dipanggil sebagai ayat seribu dinar dan ditampal di kedai-kedai dengan harapan jualan menjadi laris… saya pasti ramai yang familiar dengan ayat ni.  Di sini bukan saya nak huraikan tafsir surah ini cuma nak share apa yang saya dapat hayati semasa menbaca ayat-ayat Allah ini…

è Ayat yang pertama

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).

Ada masanya semasa saya menulis thesis saya merasa buntu, tiada idea, tak tahu nak buat macam mana, dari banyak segi.. termasuk kekangan masa, thesis banyak lagi perlu disiapkan tetapi masa sudah semakin suntuk…
Jadi dalam keadaan buntu ini, bila baca  ayat yg mula-mula ini memang rasa sgt terharu, sayu dalam hati.. kerana rasa tidak nampak jalan untuk selesaikan masalah yang ada....dan pada masa yang sama sangat sangat mengharapkan pertolongan Allah… akan tetapi di situ Allah menyuruh supaya bertakwa kepada Allah.. jadi terasa sangat jika mengharapkan pertolongan Allah perlulah terlebih dahalu menjaga hubungan baik dengan Allah.. terasa kerdil diri ini…

è sambungan yang kedua (dari ayat pertama)

Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Di masa tidak nampak jalan keluar dari masalah yg dihadapi, Allah menyebutkan bahawa rezeki atau jalan penyelesaian itu Allah beri tanpa disangka-sangka.. maknanya di masa merasakan tiada jalan keluar, Allah beritahu bahawa Allah memberi sesuatu yang di luar fikiran dan kemampuan kite untuk menyelesaikan masalah itu… ia memberikan satu harapan supaya berusaha untuk menyiapkan thesis walau terasa dlm hati semacam mustahil dapat menyiapkannya..

è sambungan yang ketiga (dari ayat pertama)

Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Ayat yang terakhir ni membuatkan hati benar- benar berserah kepada Allah… apa yang dirasakan mustahil dan amat sukar untuk dilaksanakan itu, Allah mampu mendatangkan pertolongan dari jalan yang tidak disangka-sangka.. masya Allah, Maha Suci Allah, sebaik baik penolong… jika tidak di dalam kesusahan emosi kita lain.. tetapi jika di dalam kesusahan hati kita dalam keadaaan yang sangat berharap.. apa yg diperlukan pada masa itu Allah Maha Mengetahui dan Allahlah yang menyusun yang terbaik keperluan tersebut…

è Ayat yang kedua
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya  

Manakala bila baca ayat ke 4 pula.. benar-benar membuatkan air mata mengalir.. kerana apabila menyakini sepenuh hati segala yang susah itu Allah mampu jadikan ianya mudah.. memberikan satu ketenangan pada hati. Pada ketika di dalam kesusahan menyiapkan thesis tersebut ayat ini sering diulang baca sehingga mengalir air mata.. dan kuasa Allah.. apa yang sukar in deed, ia menjadi mudah.. sesungguhnya kuasa Allah itu tiada batasan Nya. Allah lah yang empunya langit dan bumi.. tiada daya dan kekuatan melainkan dariNya..

Kepada sahabat yang sedang menyiapkan thesis, saya share doa ini agar ia dapat menbantu kalian di waktu terasa sempitnya dada dan terasa susah segala perkara, ingatlah Allah ada bersama kita dan pertolongan Allah itu dekat..


Wallahu ‘alam


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki