Sedang berdebar menanti kedatangan cahaya mata baru?
Bismillahirrahmanirrahim..
Apakah persediaan seorang suami bila isteri nak bersalin?.. biasa yang banyak buat persediaan ni orang perempuan.. bila google pun tak jumpa banyak entry pasal ni. Perlu ke suami bersedia?.. adakah anda berminat ingin tahu?
Saya bahagikan persediaan ni kepada 3
Ø Rohani
Ø Mental
Ø Material
**(suami saya pesan kena tulis dalam point form supaya senang nampak)
Persediaan rohani
Persediaan rohani
Are you ready ? Persediaan dari sudut rohani amatlah penting bagi seorang suami yang akan bergelar ayah.. baik semasa nak tunggu kelahiran anak pertama atau anak kedua.. jika sudah ada seorang anak tak semestinya bila dapat anak kedua kite dah pandai kendalikan nya.. sebab pengalaman delivery setiap anak tak sama , kan?
1. Bermaafan
2. Berdoa
Bermaafan : Antara yang paling penting ialah bila sudah dekat masa isteri hendak bersalin.. elok jika dapat saling memaafkan antara satu sama.. suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh.. lagi banyak interaksi lagi banyak gaduh kan ..betul tak?… alangkah baik jika dapat halalkan makan minum isteri, tanamkan rasa redha pada dia supaya urusan bersalin isteri tersayang menjadi lebih mudah.. juga bagusnya jika dapat beritahu pada isteri supaya mohon ampun pada suami agar masing-masing dalam keadaaan redha meredhai.. in shaa Allah…
Doa : Banyakkan berdoa.. doa itu senjata orang mukmin.. bila nak berdoa?
Berdoa sebelum isteri ada tanda bersalin.. berdoa ketika isteri sudah dalam tempoh ‘labor’.. dan juga doa sebaik sahaja isteri selamat melahirkan anak… jangan lepas dah bersalin seronok sangat sampai lupa pulak J
Doa semakin sakit bersalin |
Persediaan mental
Sebelum bersalin, masa belum sibuk dengan baby baru sempat tak memperbanyakkan membaca dan buat persediaan untuk adjust ke fasa kehidupan yang baru?.... kalau nak dapat anak pertama akan banyak perubahan pada jadual harian.. percaya tak? kalau anak kedua ketiga pun sama juga, banyak jadual kita yang tidak akan sama seperti dulu.. life will never be the same again
So mcm mana nak bersedia?
1. persediaan diri
-->baca buku
-->berlatih bangun awal pagi
Baca buku: Banyak buku yang boleh anda baca...Antara buku yang elok dibaca ialah pendidikan anak dalam islam (wajib ada kat rumah semua oranh yang ada anak ni
Bangun awal: best nya kalau boleh latih diri untuk bangun awal.. elakkan tidur selepas waktu subuh… kenapa?.. baby selalu bangun awal.. nanti baby dah bangun daddy belum bangun lagi .. elok juga jika dapat bersedia mentally untuk mendapat kurang rehat sewaktu dalam pantang sebab anak baru lahir kadang tidak menentu waktu tidurnya..
so kena fit sentiasa ni .. boleh amalkan berjalan 10 000 langkah sebagai usaha untuk sentiasa kekalkan kesihatan
2. persediaan bersama dengan berinteraksi dengan isteri
a. tangani anak sulung
b. penyusuan susu bayi
c. all about labor
a. tangani anak sulung
Anak pertama: Kalau bakal mendapat anak kedua tak kurang juga persediaannya kerana anak yg sulung juga perlu sentiasa diberitahu supaya dia juga bersedia mendapat adik. Jgn sesekali fikir anak tidak faham apa ynag kite katakana pada dia walaupun dia masih kecil. Ulang banyak kali pada anak bahawa ayah dan emak sangat sayang kan dia walaupun dapat adik baru.. ajar dia supaya setiapa hari bercakap dan sayang pada adiknya ketika masih di dalam perut.. in shaa Allah bila adik nya keluar kite yang terkejut tengok dia nak bercakap dengan adiknya.. kerana dia sudah biasa berkata-kata dengan adiknya..
Susu baby : Bincang pasal penyusuan anak.. isu menyusukan anak ni bukan urusan ibunya sahaja bahkan adalah tanggungjawab seorang ayah untuk mencukupkan keperluan ibu menyusu.. pasal penyusuan ni saya akan tulis entry yang berasingan tetapi cuma nak sebutkan kat sini isu ini amat penting untuk dibincangkan sesame suami isteri..
Contohnya.. adakah rasa isteri anda boleh nak susukan anak selama 2 tahun? adakah isteri anda berazam untuk menyusu badan sepenuhnya walaupun bekerja?
eh?.. macam mana nak bagi susu badan kalau kerja?... ha, adakah anda tahu bagaimana?
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Apa keperluan ibu menyusu ni dari sudut mental, fizikal dan material?.. jangan ingat menyusu ni mudah.. :) ibu menyusu ni mudah sgt stress dan kata-kata semangat dari suami ni boleh membakar semangan isteri di waktu down..
apa expectation isteri pada suami berkenaan memberi sokongan untuk menyusukan anak?
apa masalah yang biasa dihadapi oleh ibu yang hendak menyusukan anak?.. eh susah ke?.. bukan senang je ke?.. bagi ajelah susu tu?.. ha.. tidak semudah itu ye para bapa.. :)
macam mana nak bagi kata-kata semangat dan dorongan dan bantuan jika kita tak tahu kesusahan ibu menyusu .. sebab tu daddy to be kena tahu :) yang susah sangat nak menyusu ni kenapa bagi ajelah susu formula?
susu formula?.. tahukan anda susu formula ni rank ke berapa?
mengikut padangan profesional perubatan mengenai penyusuan susu ibu
yang terbaik:
1. susu ibu yang diberi secara langsung
2. susu ibu yang diberi dalam botol (selepas diexpress)
3. susu ibu susuan yang diberi secara langsung
4. susu ibu susuan yang diberi dalam botol (selepas diexpress)susu formula?.. tahukan anda susu formula ni rank ke berapa?
mengikut padangan profesional perubatan mengenai penyusuan susu ibu
yang terbaik:
1. susu ibu yang diberi secara langsung
2. susu ibu yang diberi dalam botol (selepas diexpress)
3. susu ibu susuan yang diberi secara langsung
5. fresh milk (susu lembu fresh asli)
6. susu tepung (susu formula)
jadi jika anda sudah tahu, pilih lah yang terbaik buat anak anda.. ketahuilah menyusu bukanlah sesuatu yang mudah, ada cabaran dan kesusahannya.. alangkah baik jika istri anda dapat berkongsi kesusahan itu dengan suami tersayang.
c. all about labor
sebelum kelahiran : keraplah berbincang mengenai kelahiran baby dalam kandungan..
realistic tak expectation masing2..?.. kalau tak realistic bincanglah supaya jadi lebih realistic.. contohnya isteri nak suami cuti 14 hari selepas bersalin.. mungkin tak mampulah suami nak cuti sebegitu lama.. atau isteri nak suami ada di sisi sepanjang tempoh labor.. juga tidak realistic.. sebab suami pun perlu mandi, makan solat jaga ..
sebelum kelahiran : keraplah berbincang mengenai kelahiran baby dalam kandungan..
Apa expectation isteri kepada suami?
Apa expectation suami terhadap isteri?
realistic tak expectation masing2..?.. kalau tak realistic bincanglah supaya jadi lebih realistic.. contohnya isteri nak suami cuti 14 hari selepas bersalin.. mungkin tak mampulah suami nak cuti sebegitu lama.. atau isteri nak suami ada di sisi sepanjang tempoh labor.. juga tidak realistic.. sebab suami pun perlu mandi, makan solat jaga ..
Solat? Kena solat ke tengah sakit.. selagi belum bersalin belum dikira darah nifas jadi mesti solat, bantulah isteri untuk solat ye :)
Tengah in labor: biasanya ramai suami yang panic bila tengok isteri dalam keadaan kesakitan teramat sangat. Ada yang menangis dan keluar dari bilik kerana tak sanggup tengok isteri sakit.. macam mana nak berdepan dengan suasana panic ni?..sebab tu kena buat persediaan… pertama kena tahu sedikit sebanyak mengenai proses kelahiran (labor)
labor ni ada 2:
latent phase
aktif phase
latent phase: bukaan Rahim dan mula 1-3 cm, sakit dah ada tapi belum begitu kuat.. dah boleh pergi hospital untuk pemeriksaan.. tempoh latent ni boleh jadi lama dan sekejap.. ada yang bebrapa jam sahaja, ada yang sampai 1-2 hari… tak perlu panic just pergi ke hospital untuk pastikan keadaan macam mana
active phase: contraction semakin kuat bukaan rahim akan berlaku dalam anggaran 1 cm per hour. So kalau dari 3 cm ke 10 cm (full cervix) boleh ambil masa lebih kurang 7 jam.. tapi ada yang lebih cepat da nada juga yang lebih lambat.
Biasa masa aktif phase ni teramat sakit.. kat mana yang sakit?.. sakit tu bergerak2 ikut posisi bayi. Mula2 sakit seluruh perut, bila baby turun, paling sakit ialah di bahagian pinggang (belakang), peha dan kaki..
Sakit ! : Bagaimana cara isteri anda menahan kesakitan?
Ø Ada yang diam menangis
Ø Ada yang berguling-guling
Ø Ada yang menjerit-jerit
Ø Ada yang Tarik-tarik tangan suami, pulas sehingga suami rasa sakit..
Jangan panic dan jangan lah marah.. hadapi dengan tenang.. kalau boleh janganlah suruh isteri duduk diam kerana malu pada orang lain.. kerana dia dalam keadaaan sakit yang teramat… even duduk sahaja di samping isteri sambil bacakan ayat al quran pun sangat bermakna. Kalau ada idea, boleh ucapkan kata-kata supaya bersabar.. jika tak tahu nak kata apa, just be at her side .. kehadiran anda amat penting walaupun nampak isteri macam tak appreciate kerana dia tengah sakit..
Kadang ada kaedah yang boleh kurangkan sakit
ü Ethonox, sedut gas
ü Epidural, cucuk di bahagian tulang belakang
ü Ataupun natural way,
sesetengah hospital ada tawarkan ni.. masa active phase boleh duduk mana posture yang rasa kurang sakit. Ada yang baring, ada yang berjalan, ada yang duduk, ada yang peluk suami.. bermacam posisi yang buat rasa sakit bearable..
sesetengah hospital ada tawarkan ni.. masa active phase boleh duduk mana posture yang rasa kurang sakit. Ada yang baring, ada yang berjalan, ada yang duduk, ada yang peluk suami.. bermacam posisi yang buat rasa sakit bearable..
Tapi di kebanyakan hospital kerajaan memang kena baring di katil sbb nak monitor jantung anak.. kalau hospital swasta mungkin dia ada wireless toco (detect jantung anak)..
Eh nak bersalin kat mana ye?... dah discuss ke :)
kalau bersalin biasa macam mana..
kalau bersalin Caesar macam mana?..
berapa kos di hospital biasa dan hospital swasta?
Kena survey dulu ni, pilihlah ikut kemampuan masing-masing..
kalau bersalin Caesar macam mana?..
berapa kos di hospital biasa dan hospital swasta?
Kena survey dulu ni, pilihlah ikut kemampuan masing-masing..
Persediaan material
Ok kalau dah dekat masanya, kena siapakan barang keperluan nak bersalin.. ini elok jika dah siap bila usia kandungan 36 minggu .. gi mana-mana pun sentiasa bawak dalam kereta
Apa ye? Untuk baby
Sekurang-kurangnya
ü 2 pasang baju baby – elok yang lengan panjang, seluar panjang
ü 2 pasang sarung kaki dan sarung tangan
ü 2 kain untuk balut/selimut
ü Pampers size xs
ü Kain lampin biasa
ü Tuala
kenapa kena 2?.. sebab kadang baby baru lahir terkencing atau terberak atau muntah, jadi kena ada extra baju :)
kenapa kena 2?.. sebab kadang baby baru lahir terkencing atau terberak atau muntah, jadi kena ada extra baju :)
Untuk isteri- (jika isteri dah sedia, just check aje )
v Se atau dua persalinan baju
v Pastikan bawak kain batik/kain sarung
v Tuala
v Maternity pad
v Sepersalinan pakaian dalam
v Stoking kaki
v keperluan asas yg lain, ubat n berus gigi dll
v keperluan asas yg lain, ubat n berus gigi dll
Keperluan ni jika bersalin biasa yang duduk dalam ward 1-2 hari. Kalau bersalin secara Caesar lebih lama lagi, jadi keperluan lebih …
ada lagi?
Elok kalau boleh bawak bekal air masak dan kurma.kurma sangat baik di makan sebelum bersalin kerana ia boleh bekalkan tenaga segera.. lain-lain mengikut preference masing2. ada lagi ke?
terlupa untuk saya mention lebih awal mengenai persediaan untuk akikah .. in shaa Allah dalam penulisan yang lain pula ya..
akhir kata persediaan yang baik buat kita jadi lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat yang amat dinantikan ini. bila kite telah bersedia, kurang rasa panic, terkejut atau stress bila berdepan dengan situasi yang belum pernah kite lalui. semoga Allah mudahkan bagi daddy-daddy sekalian :)
Elok kalau boleh bawak bekal air masak dan kurma.kurma sangat baik di makan sebelum bersalin kerana ia boleh bekalkan tenaga segera.. lain-lain mengikut preference masing2. ada lagi ke?
terlupa untuk saya mention lebih awal mengenai persediaan untuk akikah .. in shaa Allah dalam penulisan yang lain pula ya..
akhir kata persediaan yang baik buat kita jadi lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat yang amat dinantikan ini. bila kite telah bersedia, kurang rasa panic, terkejut atau stress bila berdepan dengan situasi yang belum pernah kite lalui. semoga Allah mudahkan bagi daddy-daddy sekalian :)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Buat bakul baby sendiri
ReplyDelete