Skip to main content

Apa Yang Isteri Bekerja Selalu Terlupa: Unconditional Respect

UNCONDITIONAL RESPECT

Assalamualaikum wbt.. terima kasih kepada yang datang melawat…

Wanita bekerjaya



Dewasa ini ramai sangat golongan wanita yang bekerjaya..  dan ramai juga yang memiliki status, jawatan atau gaji yang melebihi suami masing-masing. 

Keadaan ini kadang-kadang membuatkan kita berasa seolah-olah di status yang serupa dengan suami malah ada yang kadang-kadang rasa lebih tinggi dari suami..

Unconditional Respect 

Ini dikongsikan oleh sahabat saya di dalam perbincangan kami sesame doktor wanita. Pengisian ini dia dapati daripada program yang Mizz Nina dan Yasmin Mogahed. Isunya berkenaan “unconditional respect”. Rasa hormat sepanjang masa… Kata penyampai di dalam program tersebut:



Di dalam sesuatu perhubungan (relationship), orang perempuan biasanya mahu rasa di sayangi, tetapi berbeza dengan orang lelaki. Orang lelaki lebih kepada rasa mahu dihormati.

Masalah yang biasa berlaku sekarang ialah orang pempuan tidak boleh nak memberi “unconditional respect”, iaitu rasa hormat dalam apa jua keadaan kepada suami kerana kita selalu rasa hormat itu adalah something that need to be earned.

Besar kemungkinan kita akan rasa kurang sedikit hormat kepada suami apabila gaji suami dan isteri sama atau kadang lebih tinggi dari suami, ataupun mungkin dari sudut ilmu, kita sebagai isteri merasakan ilmu agama yang kita ada lebih dari suami kita.

Katanya lagi:

A Wife Should Learn To Give Her Respect


So if a wife wants to be loved, she should be able to give her respect to her husband in whatever situation, di mana kesannya secara sendirinya akan membuatkan suami menjadi lebih penyayang apabila dia merasakan dia sentiasa dihormati.

 Sesi Perbincangan

Sebelum itu saya nak share satu kisah seorang isteri yang menjadi lebih rapat dengan suaminya lepas dia join suaminya dalam aktiviti hobi yang disukai suaminya:

Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.

Ini adalah antara komen, luahan dan pesanan para sahabat saya yang turut serta dalam perbincangan itu:

Sharing 1:


betul tu..laju je mulut ni bila bab-bab argue..tu belum kira suara high pitch kekadang tu....teruknyelah diri ini.. huhu

Sharing 2:


Ye lah, kadang-kadang kena tengok jugak orang yang dapat suami bermasalah, barulah kita tidak take for granted dah dapat suami yang baik. Memang semestinye ada sahaja kelemahan dia kan, tapi kena belajar tengok kebaikan dia juga. Yang keburukan slow-slow tunggu dia berubah… sambil tidak jemu mendoakan. Peringatan untuk diri sendiri jugak… antara yang paling susah ialah nak senyum sepanjang masa…


Sharing 3:


Rasa setuju sangat dengan benda ni sebab konsep rumahtangga barat banyak fokus pada 'equality' between husband n wife... sampai kadang-kadang sebagai isteri kita rasa kita sama taraf dengan husband kita… sedangkan Rasulullah s.a.w  berkata kalau manusia boleh sujud pada manusia lain, baginda nak suruh isteri sujud pada suami kan..

Sharing 4:


Masih belum terlambat.., yang penting kita kena selalu rajinkan mulut mintak maaf pada suami ..

Sharing 5:


I’m learning and sharing from my own mistake ...semoga kita semua dapat jadi isteri yang solehah, yang mencintai dan menghormati suami-suami kita kerana Allah.

Sharing 6:


Setiap malam nak tidur minta maaf ye kengkawan, kerana kita tak tahu kita bangun lagi atau tidak di esok pagi hari

minta maaf sebelum tidur setiap malam


Jadi peringatan ini amat tepat pada masanya bagi saya sendiri  dan saya terpanggil untuk share perkara ini ..yang amat menyentuh hati saya….supaya boleh jadi peringatan buat teman teman lain juga. In shaa Allah.


Comments

  1. peringatan terbaik utk kita semua, terima kasih safiya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama ty.. semalam masa diorg discuss ni memang terasa sgt ..

      Delete
  2. alhamdulillah... perkongsian yg baik.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa Shaklee

Lecithin dan Alfalfa Shaklee Cara makan lecithin dan alfalfa yang tepat Lecithin Kenapa kena ambil  lecithin ?  Apakah fungsi  lecithin ? Lemak-lemak yang berlebihan dalam badan kita perlu dibakar  agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.. Lecithin ni bertindak sebagai emulsifier, untuk memecahkan lemah dalam badan kita.  klik sini untuk baca senarai penuh khasiat lecithin .  dah ukur lilitan pinggang? tak tahu cara nak umur,  mari belajar  :) Cara makan lecithin: Kaedah 1:        Jika kita makan makanan berat 2 kali iaitu lunch dan dinner then kita boleh ambil 3 biji selepas lunch, 3 biji selepas dinner. Kaedah 2:        Ataupun jika heavy meal kita cuma sekali sehari iaitu tengahari, then boleh makan 6 biji pada waktu tengahari. Kaedah 3:        Jika heavy meal kita 3 kali sehari, then boleh makan 2 biji set...

4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Berjalan: Baca Hanya Bagi yang Serius Nak Kuruskan Badan

Berjalan 10 000 Langkah: 4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Anda pasti sedang bersemangat tinggi untuk memulakan langkah ribuan anda hari ini. Tapi pada masa yang sama anda juga pasti ingin tahu adakah teknik berjalan anda itu betul. Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi dan yang penting, membakar lemak semestinya!! ... Penting sangat untuk pastikan anda berjalan dengan teknik yang betul kerana anda bukan sekadar berjalan sehari tetapi sepanjang hidup , bukan?