Bismillahirrahmanirrahim .. Diriwayatkan daripada Umar r.a.,beliau berkata: “saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwnininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut.” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim Hadith ini adalah salah satu daripada beberapa hadith yang menjadi paksi kepada agama Islam. Amat penting bagi kita memahami dan mempraktikkan hadith ini. Moga Allah beri kite kekuatan untuk memahami agama-Nya in shaa Allah. emmmm... bila kita ingin memulakan sesuatu apakah niat kita? contohnya ramai yang ingin menurunkan berat badan.. tetapi kenapa kita nak mendapat berat badan ideal?... ...