Skip to main content

Azam untuk turunkan berat badan I

Bismillahirrahmanirrahim..

Diriwayatkan daripada Umar r.a.,beliau berkata: “saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah kerana Allah  dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwnininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut.”

Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Hadith ini adalah salah satu daripada beberapa hadith yang menjadi paksi kepada agama Islam. Amat penting bagi kita memahami dan mempraktikkan hadith ini. Moga Allah beri kite kekuatan untuk memahami agama-Nya in shaa Allah. 


emmmm...

bila kita ingin memulakan sesuatu apakah niat kita?

contohnya ramai yang ingin menurunkan berat badan.. tetapi kenapa kita nak mendapat berat badan ideal?... 



adakah kerana kita ingin sihat?.. kenapa kita ingin mendapat tubuh badan yang sihat.. fikirlah, agar apa yang kita buat mendapat pahala di sisi Allah. 

Allah suka jika kita menjaga tubuh badan kita dengan sebaik-baiknya.. jadi bila kita hendak menurunkan berat badan, bukankan ia sesuatu yang amat baik?..... tapi tambahan kepada kebaikan tu, niatkan lah supaya dengan badan yang sihat kita dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di bumi ini dengan lebih sempurna..

Jom berazam dan susun niat yang sebaik-baiknya.. tiada yang nampak niat kita melainkan Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui..


keazaman yang kuat akan membuahkan amalan yang lebih istiqamah dan berterusan... amalan yang berterusan amat penting jika kita sedang berusaha untuk menurunkan berat badan...


azam yang menggunung tinggi 



macam mana nak dapat keazaman yang kuat?..emm.. susah juga kadang-kadang.. azam yang kuat mungkin terhasil dari niat yang betul dan bila kita yakin apa yang kita lakukan itu adalah betul, kaedah yang betul dan matlamat yang jelas!

set your goal!!
find the right path...
pray to Allah so that He will guide us to the straight path and along the way to the right path... (Alfatihah :verse 6) 

Ya Allah mudahkanlah kami menjadi hambaMu yang Engkau Redhai

Wallahu a'lam..

read more?
azam untuk turunkan berat badan II



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: