Assalamualaikum to all wonderful parents!
Tahniah kerana anda masih menyusukan anak anda dan berazam untuk sempurnakan penyusuan sebaiknya hingga 2 tahun! Everything starts from a good spirit.
Bukan calang- calang orang
yang memilih untuk menyusukan anak walaupun bekerja sepenuh masa. Ia memerlukan
semangat juang yang tinggi dan keazaman yang membara. Semangat dan
keteguhan inilah yang akan sentiasa mendorong para ibu untuk sentiasa mengatasi
apa apa masalah yang dihadapi berkaitan penyusuan anak. Last but most
importantly, kekuatan dan keteguhan itu datangnya dari keyakinan dan keimanan yang
kuat kepada Allah s.w.t
Tahniah juga kepada para bapa yang membaca penulisan ini. Anda
sememangnya bapa yang sangat prihatin. Tahniah sekali lagi!
Jadi apa yang saya nak share dengan anda semua dalam penulisan
kali ini?
Berikut saya senaraikan
tips yang akan saya share.
Tips 1: Avoid Negative Thinking
Tips 2: Be Happy!
Tips 2: Be Happy!
Tips 3: Increase Your Self Esteem
Tips 4: Teknik Perah Susu
Tips 5: Doa
Tips 6: Pemakanan
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Tips 1: Avoid Negative Thinking
The power of mind… Jangan sesekali fikir yang susu tidak mencukupi. Bila terlintas je dalam fikiran yang susu macam sikit tak cukup, cepat-cepat buang fikiran tersebut dan lawan, boleh cuba ucapkan;
Susu cukup, alhamdulillah
Susu cukup, alhamdulillah
Susu cukup, Alhamdulillah…
Allah yang beri rezeki kepada anak ini.
Penghasilan susu sangat dipengaruhi oleh fikiran dan perasaan kita. Bilakita berfikiran positif , susu akan menjadi lebih banyak dan sebaliknya bila banyak berfikiran negatif susu boleh berkurangan.
Tips 2: Be Happy!
Nak menyusu atau memerah susu perlukan keadaan yang tenang dan
gembira. Cubalah untuk tidak perah dalam keadaan stress dan gopoh.
Usahakan supaya dapat perah dgn tenang.. walaupun masa yang ada sangat singkat
kita masih boleh bertenang.. Baca cuba baca
ayat al Quran, berzikir ataupun rest n
relax seketika semasa perah susu. Bayangkan wajah anak yang happy..
ataupun bayangkan suasana yang tenang.. apa sahaja yang boleh buat kita relax.
Bila kita stress or low mood, automatik susu boleh berkurangan.
Sebab penghasilan susu sangat dipengaruhi oleh hormone dalam badan kita yang berkait
dengan perasaan sedih dan gembira ini.
Tips 3: Increase Your Self Esteem
Amalkan untuk menyebut perkara positif berkaitan menyusu. Baik para
ibu ataupun bapa. Para ibu boleh cuba teknik ini.. ialah dipanggil RCA, rahsia
cermin ajaib!
Bila berseorangan, boleh duduk dihadapan
cermin, cakap pada diri sendiri:
(contoh)
Ayat 1: Saya yakin saya boleh breastfeed dengan
sempurna (sebut nama anak tersayang) sehingga 2 tahun in shaa Allah.
Ayat 2: Susu yg Allah
beri ni akan cukup malah berlebihan untuk
(sebut nama anak
tersayang)
Ataupun sebutkan apa sahaja yang kita
impikan dengan penuh yakin dihadapan cermin. Cara ini sebenarnya secara
tak langsung membina aura positive
secara sedar dan luar sedar di dalam fikiran kita. Semua positif thinking and words
really works!! Try it!
Para bapa boleh memainkan peranan dengan memuji isteri dan sebut
bahawa saya (suami) yakin (isteri) mampu menyusu dengan baik.
Sentiasalah tanamkan keyakinan pada isteri anda bahawa susu mencukupi. Boleh cuba cakap macam ni:
Susu untuk (nama anak tersayang) Allah yang bagi, Allah yang lebih
tahu banyak mana yang diperlukan oleh anak kita...
Jangan terlalu fokus on number of bottles, nu of oz pada setiap
perahan.. cuba lihat dengan penuh kasih sayang pada anak… adakah membesar dengan
sihat..? ada certain babies ni kalau sudah terbiasa bagi susu lebih dia memang
sentiasa nak banyak dan berlebih lebih. Banyak je baby yang minum susu
berlebihan (overfeeding). Apabila baby menangis tidak semestinya kerana susu tidak
cukup... Kadang-kadang ada juga budak yang memang suka minum lebih dari yang
dia perlu.
Tips 4: Teknik Perah Susu
Sekarang ini ramai ibu yang perah menggunakan bantuan breast pump… kalau boleh susu mesti diperah sampai habis (totally empty id possible). Lagi kerap ia dikosongkan, lagi banyak susu yang akan dihasilkan oleh badan kita.If possible, perahan perlu dilakukan pada waktu yang lebih kurang sama every day sebab badan kita ada clock yang boleh dijadualkan J.
And setiap kali selepas perah ucapkan syukur banyak banyak.. jangan
lah cuma kira berapa botol sahaja yang dapat dan merungut tak cukup banyak...
Bersyukurlah, nescaya Allah akan tambah
lagi, tambah lagi…
banyak lagi isu berkaitan teknik perah susu ini tapi mungkin di penulisan yang lain.
banyak lagi isu berkaitan teknik perah susu ini tapi mungkin di penulisan yang lain.
Tips 5: Doa
Doa Doa Doa.. ia senjata orang mukmin
Jika anda sering dalam kesibukan di tempat kerja dan di rumah, susah nak ada masa lapang, selalu dalam
keadaan terkejar-kejar nak pump.. Doalah banyak banyak supaya Allah lapangkan
masa anda. Masa yang berkat itu terasa
panjang dan bermanfaat, in shaa Allah.
Mohon juga doa dari anak yg dah pandai bercakap.. anak-anak boleh diajar untuk berdoa atau mengaminkan doa. Cubalah. BEST!
Yang paling penting anda sendiri, banyakkan berdoa semoga Allah
beri susu kepada anak anda yang melimpah ruah dan penuh keberkatan
Tips 6: Pemakanan
Jaga pemakanan ya para ibu.Boleh baca di sini untuk tahu keperluan pemakanan ibu menyusu.
Suplemen/ubat : Ada yang makan ubat untuk tambah susu. Ada yang ambik supplement untuk tambah susu. Apa-apa tips mengenai food yang menambahkan susu, boleh dicuba.. setiap orang tidak sama… apa yang berkesan untuk orang A tak semestinya berkesan untuk orang B.. tetapi tidak salah usahakan apa sahaja, Cuma pastikan anda makan ubat/ supplement/ herba/ makanan yang dimakan selamat untuk anak anda. Jangan malu bertanya… Menyusu perlu disertai dengan ilmu. J
Anda perlu ingat bahawa ibu yang menyusu perlukan banyak calori. Paling kurang 2000kcal sehari.. bergantung pada berat badan anda. Nutrisi yang mengandungi carbo sangat penting. Ini tidak bermakna anda kena makan nasi dalam kuantiti yang banyak.. Tapi memakan nasi (ataupun carbohydrate dlm bentuk lain) itu amat penting. Kalau boleh jangan skip breakfast… walaupun as simple as minum susu dan makan 3-5 biji kurma. Jika boleh, janganlah menyusu atau perah susu dalam keadaan yang sangat lapar.
Anda mesti pastikan anda minum air dalam kuantiti yang mencukupi…
kalau mengharapkan susu yang terhasil sebanyak 1L, anda perlu minum lebih dari
itu! Sebab badan anda sendiri pun perlu at least 2-3L air. Amalkan minum susu
kerana selain protein susu juga kaya dengan kalsium yang penting unutuk anda
dan bayi anda.
Ada juga antara para ibu di sini yang mengamalkan pengambilan
supplement. Jadi bagaimana ia membantu anda? Supplement diharapkan dapat
meningkat kuantiti dan kualiti susu yang terhasil di samping mencukupkan keperluan
nutrisi si ibu. Namun begitu ada juga ibu yang merasakan kuantiti susu sama
sahaja selepas pengambilan sesetengah supplement. Jangan lah rasa susah hati
kerana walaupun kuantiti susu tetap sama, tetapi kualiti susu pasti berlainan. Susu
para ibu yang memakan vitamins dan mineral kaya dengan khasiat.
Selain itu supplement itu juga bertujuan untuk membantu para ibu
untuk kekal sihat dan bertenaga untuk
suasana kerja dan rumah yang demanding dan tidak kurang pentingnya juga, supaya
para ibu mempunyai immunity yang kuat. Tahukah anda bahwa anak anda menerima
antibody di dalam susu yang dihasilkan? Immunity yang kuat penting bukan sahaja
untuk anak malahan lebih penting lagi buat para ibu sendiri.. kalau tidak sihat
macam mana nak jaga anak kan…?
Akhir kata...
Akhir kata pengalaman setiap orang tidak sama.. Ada yang
pengalaman breastfeeding mereka susah dan ada yang mudah .. Yang penting
kita sentiasa usaha atasi masalah yang dihadapi..
Good luck determined mothers and supportive fathers! Keep on
struggling till the end. In shaa Allah tidak rugi. Tersangat banyak kebaikan
yang Allah jadikan melalui proses penyusuan ini. Subhanallah, Alhamdulillah , Allah
Maha Kaya.
Jika anda perlukan apa apa konsultasi berkaitan penyusuan atau
supplement ibu menyusu, boleh hubungi saya,
Safiya
Amaran
0162229140
Comments
Post a Comment