Skip to main content

Kenali hati dan penyakitnya


Assalamuaikum wbt

Para pembaca sekalian…

Seringkali kita tertukar di antara hati dan jantung. Symbol love biasa disebut sebagai hati tetapi sebenarnya ia melambangkan jantung anda!..


Jadi apakah hati?... jom saya share beberapa perkara mengenai hati kepada anda. Dengan membaca artikel ini anda akan tahu mengenai:


·       Apakah hati
·       Apakah fungsi hati?
·       Apakah penyakit hati (sakit vs rosak)
·       Apakah tanda tanda penyakit hati?
·       Apakah peringkat penyakit hati kronik

________________________________________________________________________________

Apakah hati?
Hati adalah organ dalam badan manusia yang sangat penting untuk untuk kehidupan kita sehari hari. Ia terletak pada bahagian kanan di atas rongga perut (otot diafragma) dan mempunyai berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada jumlah berat tubuh kita.


Apakah fungsi hati?
Hati yang kecil ini amat bermakna dalam hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam melaksanakan perkara berikut;
·         Meneutralkan toksik
Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Ubatan secara umumnya adalah untuk menyembuhkan penyakit tetapi ianya juga merbahaya kepada sistem tubuh. Justeru, ia perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.
 
·         Regenerasi Sel darah merah
Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.
 
·         Produksi cecair hempedu
Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.
 
·         Penghasilan protein dan sistem imun
Protein yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
 
·         Tempat penyimpanan glukosa simpanan
Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.


Apakah penyakit hati (sakit vs rosak)

Penyakit hati dan kerosakan hati adalah  berbeza. Sakit hati adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus hepatitis atau akibat minuman keras. Ianya juga boleh disebabkan oleh hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.

Kerosakan hati pula melibatkan radang atau kebengkakan pada hati disebabkan oleh penyakit kronik seperti virus hepatitis B atau C, minuman keras  atau kehadiran lemak yang sangat tinggi di dalam badan yang boleh membawa kepada sirosis hati dan kegagalannya untuk berfungsi. Perlu difahami bahawa kerosakan hati boleh berlaku tanpa pesakit merasai sebarang kesakitan.

"Hepatitis boleh membawa kepada sirosis (pengerasan hati) dan juga kanser hati!"
Kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialysis, namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya.
Apakah tanda tanda penyakit hati?

Gejala penyakit hati, termasuk hepatitis, termasuklah hilang selera makan, penurunan berat badan, pening, kencing kuning pekat dan tahi warna kelabu macam tanah liat. Gejala yang timbul juga bergantung kepada tahap kerosakan yang menjejaskan fungsi hati.

Apakah peringkat penyakit hati kronik?







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: