Skip to main content

Sendi saya sakit: adakah saya alami arthritis?

Tubuh manusia adalah ciptaan Allah yang sungguh mengkagumkan. 


Ia terdiri daripada 206 batang tulang yang disusun dan disambungkan antara satu sama lain untuk apa yang dipanggil sebagai tulang rangka. Keunikan reka bentuk tubuh badan ini membolehkan manusia bergerak, berpusing, berputar, membongkok, melipat dan meregang dengan bantuan otot-otot.

Beginilah keadaannya rupa sendi lutut yang normal. Sendi-sendi yang mempunyai banyak fungsi ini boleh mengalami keradangan atau inflamasi.


Di dalam penulisan ini saya ingin kongsikan beberapa perkara. 
____________________________________________________________________

1. Apa itu arthritis?
2. Apakah penyebab arthritis?
3. Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala arthritis?
4. Apakah rawatan dan ubat yang biasa digunakan?

Inilah yang dipanggil arthritis.



Apakah penyebab arthritis?

Arthritis bukanlah penyakit keturunan, namun begitu dengan mempunyai gen-gen tertentu ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat arthritis. Pakar perubatan telah pun mengenal pasti lebih dari 100 penyebab arthritis. Antara penyebab-penyebab penyakit arthritis yang biasa termasuklah

·        osteoarthritis,
·        arthritis yang disebabkan jangkitan kuman,
·        gout
·        psoriasis
·        rheumatoid arthritis.



 Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkan kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan. Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.



Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi.



Dalam penyakit gout, pangkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan kristal asid urik.

Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan sewaktu bersukan sebagai contoh bermain bola sepak.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala arthritis?

Penghidap arthritis boleh mengalami:
·        sakit sendi,
·        bengkak sendi,
·        ketegangan di waktu pagi,
·        rasa panas di sekeliling sendi,
·   kurang upaya untuk menggerakkan sendi disebabkan oleh rasa sakit.

Orang yang mengalami arthritis menghadapi limitasi dalam pergerakan harian terutama pergerakan yang melibatkan lutut.

Jika arthritis ini tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan, kecacatan sendi akan berlaku seperti dalam penyakit rheumatoid arthritis dan osteoarthritis di tahap yang teruk.

Jika anda berjumpa doktor, apakah ujian yang biasa dilakukan?

Kajian yang dijalankan bergantung kepada punca yang disyaki. Ia termasuklah
·        ujian darah,
·        air kencing
·        x-ray (sendi yang terlibat)

Bolehkah penghidap arthritis menjalani kehidupan normal?

Ya, ia boleh dicapai dengan rawatan tertentu.  Rawatan meliputi:

·        memberikan pendidikan kepada pesakit,
·        pemulihan anggota (physiotherapy)
·        pemulihan cara kerja, (occupational therapy)
·        pengurangan berat badan.
·        Ubat-ubatan :
o   ubat untuk dimakan,
o   ubat sapu
·        pembedahan.

Antara rawatan pemulihan anggota yang boleh didapati di hospital termasuklah senaman aerobik ringan, berenang, rawatan ultra sound, celupan lilin suam. Adakalanya pengubahsuaian perlu dilakukan di dalam kehidupan seharian bagi membolehkan pergerakan yang lebih selesa.

Adakah perlu untuk memodifikasi aktiviti harian?

Untuk memudahkan kerja, letaklah barang kegunaan harian pada paras dada supaya anda tidak perlu membongkok.selain dari itu, penggunaan alatan rumah yang diubah suai juga dapat membantu.

·        Duduk sewaktu membuat kerja-kerja di paras rendah.
·       Gunakanlah kerusi sewaktu mandi.
·     Penggunaan tapak tangan untuk membuka atau menutup barangan seperti penutup botol akan memudahkan kerja.
·  Kasut yang mempunyai Velcro atau kasut sarung memudahkan pesakit untuk memakai kasut.

Apakah ubat yang biasa digunakan?

Ubat-ubatan seperti paracetamol dan non steroidal anti inflammatory drugs, NSAIDs (contoh: ponstan) digunakan untuk mengurangkan kesakitan sendi. Ubat-ubat lain mungkin juga diperlukan bergantung kepada jenis arthritis contohnya colchissin dan allopurinol untuk gout. Rheumatoid arthritis pula memerlukan ubat yang berbeza.

Rawatan susulan amatlah penting bagi memastikan rawatan rapi dapat dilakukan selain dari mengetahui kesan sampingan penggunaan ubat. Ada kalanya ubat-ubatan tidak memadai dan pembedahan mungkin diperlukan. Pembedahan menggantikan sendi yang sudah tidak berfungsi berkesan untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan tahap mobiliti.

Penjagaan keselamatan di dalam dan di luar rumah perlu diberi perhatian yang serius. Alihlah tikar, wayar dan juga tali yang boleh menyebabkan anda terjatuh. Cara duduk yang betul dengan lutut, pinggul dan pergelangan kaki pada sudut 90 darjah akan membuatkan anda rasa lebih selesa.

Makanlah makanan yang seimbang. Pesakit gout mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purin. Penjagaan berat badan yang ideal amatlah perlu.

Kajian membuktikan bahwa, dengan mengurangkan lima kilogram berat badan ia dapat mengurangkan 15 hingga 20 kilogram tekanan ke atas lutut.

¯5kg berat badan = ¯15-20 kg tekanan ke atas lutut

Secara keseluruhannya terdapat pelbagai penyebab arthritis. Oleh itu langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal amatlah penting. 

Cegah sebelum parah. Nantikan penulisan saya yang seterusnya 

1. rheumatoid arthritis
2. osteoarthritis
3. gout

4. dan juga mengenai suplement yang telah dikaji secara klinikal untuk keadaaan keadaan ini beserta testimoni orang yang mengambil supplement shaklee untuk sakit sendi.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki