Skip to main content

Azam untuk turunkan berat badan II

Assalamualaikum wbt…









Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman(1)


terima kasih kerana datang melawat page ni...

semasa mendengar kuliah tafsir oleh ust Nouman Ali Khan di youtube berkenaan ciri-ciri orang mu’minun, beliau menerangkan tentang perkataan aflaha, iaitu bermakna berjaya/kejayaan

macam mana ciri-ciri orang yang berjaya ni?
Mengapa di sebut sebagai aflaha?

ust Nouman Ali Khan terangkan aflaha ni dengan beri contoh seorang petani, petani yang yakin sahaja akan berusaha dan akhirnya mendapat kejayaan kerana masa dia mula-mula nak tanam pokok (contoh sawah padi)… mula nya semai benih, lama baru nampak tumbuh sikit demi sedikit, ambil masa 6 bulan ke setahun baru dapat tuai hasilnya… jadi siapa yang berani menjadi pesawah padi?? yang perlu berusaha sepanjang tahun tapi belum tentu dapat hasil… dan ambil masa yang lama nak dapat hasil…

Itulah… hanya orang yang benar-benar yakin dan berusaha akan berjaya mendapat hasil… kalau orang yang tak percaya atau takut, nanti dimakan tikuslah… takut banjir… kemarau… tidak yakin dapat tuai hasilnya … dia tak akan mulakan apa-apa usaha pun… then macam mana nak berjaya?

Hanya orang yang benar-benar yakin akan berusaha ke arah kejayaan!!

Allah menyebutkan keyakinan itu adalah satu elemen penting untuk berjaya… yang paling utama ialah we are truly convinced

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (Al mu’minun:1)

Orang yang beriman ialah orang yang benar-benar percaya… they are truly convinced…
Pengertian ‘aflaha’ dalam Bahasa Arab pula bukanlah kejayaan yang boleh diwarisi dari ayah yang kaya atau ayah yang bijak… tapi aflaha adalah kejayaan yang diusahakan dengan bersusah payah…

Lalu ayat yang kedua … apa pula ciri2 orang yang yakin ini?
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya (Al mu’minun:2)

mereka amat khusyuk dalam solatnya… keyakinan yang menggunung tinggi kepada siapa? kepada Allah… yang membawa hatinya tunduk kepada Pencipta alam, ni yang menguasai seluruh khazanah alam… keyakinan yang berpaksikah kepada Pencipta alam, Allah azzawajalla… lantas keyakinan yang berpaksikan kepada manusia tidak akan jadi kukuh sepertim mana keyakinan yang berpaksi kepada Allah..

Maaf terpanjang pula… yang saya nak share di sini ialah bila mana datang keinginan untuk mengusahakan sesuatu…jika kita tidak bina keyakinan yang utuh … Kita tidak akan dapat berusaha secara maksimum… kite dilemahkan oleh fikiran negative yang ada dalam diri kita sendiri…sebab keinginan yang kuat itu dapat mengatasi bermacam dugaan…

Look inside yourself and ask yourself… why am I doing this? what is my intention…? do I get my intention right in the first place…? (read this)

Ini amat penting bila kite merancang untuk sesuatu seperti ingin menurunkan berat badan atau menyusukan anak…

Orang yang berjaya turunkan berat badan

1.   Kemahuan dan keinginan yang tinggi menggunung…
2. Sanggup berusaha
3. Meletakkan tawakal kepada Allah bukan kepada diri sendiri…
4. Sanggup mengatasi masalah dn mendisiplin kan diri…


Wanita bekerja  yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya bukanlah

1.   orang yang kerjanya relaks,
2. susunya banyak,
3. pakai breast pump yang mahal… kualiti tinggi medela FS (hehe)
akan tetapi orang yang ada kemahuan yang tinggi untuk menyusukan anak, sanggup berkorban banyak perkara, sanggup atasi banyak masalah…

Kaedah adalah point yang kedua… tetapi kaedah yang betul tidak menjamin kejayaan jika kita tidak yakin dan tidak berusaha sepenuhnya… Kaedah amat penting…memang sangat penting, tapi niat, kemahuan dalam diri kita itu adalah drive yang akan buat kite berusaha sedaya upaya … kaedah tu tak dapat buat kite berusaha tetapi kemahuan yang menggunung tinggi itulah yang menggerakkan kite ke arah kejayaan

Wallahu a’lam



Points to ponder… adakah terlintas dalam fikiran kita macam ni?

1.     nak turuk berat ke tak ni?

2.     Perlu ke nak turun berat? Penting sangat ke turun berat ni?

3.     Emm… BMI? Apa tu … tak pernah kira pulak penting ke?

4.     Boleh ke turun berat saya ni… lama sangat dah berat saya macam ni

5.     Orang lain tu memanglah boleh… saya ni rasa susah la

6.     Saya nak cara yang senang je boleh tak… ala yang gitu-gitu je, mana larat saya nak buat macam orang lain…  

These are the things yang kite kena deal within ourselves before we move ahead

1.   Be clear of what you want


2.   Why you want to achieve that goal?


3.   Is it an achievable goal? Tanam pisang takkan dapat strawberry pulak kan??


thank you for reading my blog :)

dipersilakan like Let Us Be Healthy 
untuk updates bila ada new entry 

Comments

Popular posts from this blog

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki

Cara Makan Lecithin dan Alfalfa Shaklee

Lecithin dan Alfalfa Shaklee Cara makan lecithin dan alfalfa yang tepat Lecithin Kenapa kena ambil  lecithin ?  Apakah fungsi  lecithin ? Lemak-lemak yang berlebihan dalam badan kita perlu dibakar  agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.. Lecithin ni bertindak sebagai emulsifier, untuk memecahkan lemah dalam badan kita.  klik sini untuk baca senarai penuh khasiat lecithin .  dah ukur lilitan pinggang? tak tahu cara nak umur,  mari belajar  :) Cara makan lecithin: Kaedah 1:        Jika kita makan makanan berat 2 kali iaitu lunch dan dinner then kita boleh ambil 3 biji selepas lunch, 3 biji selepas dinner. Kaedah 2:        Ataupun jika heavy meal kita cuma sekali sehari iaitu tengahari, then boleh makan 6 biji pada waktu tengahari. Kaedah 3:        Jika heavy meal kita 3 kali sehari, then boleh makan 2 biji setiap kali selepas makan makanan berat. There is no rigid rule to eat lecithin , yang penting kite kena sesuaikan dengan jadual peng

4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Berjalan: Baca Hanya Bagi yang Serius Nak Kuruskan Badan

Berjalan 10 000 Langkah: 4 Teknik, 5 Tips & 8 Petua Anda pasti sedang bersemangat tinggi untuk memulakan langkah ribuan anda hari ini. Tapi pada masa yang sama anda juga pasti ingin tahu adakah teknik berjalan anda itu betul. Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi dan yang penting, membakar lemak semestinya!! ... Penting sangat untuk pastikan anda berjalan dengan teknik yang betul kerana anda bukan sekadar berjalan sehari tetapi sepanjang hidup , bukan?