Skip to main content

Jerawat di pipi : Tips jagaan muka, sangat mudah diamalkan

Assalamualaikum..

atas permintaan dari ahli keluarga dan kawan-kawan, kalini saya nak share 6 tips asas untuk membantu anda yang mahu mendapatkan kulit yang cantik; membantu memudarkan parut hitam kesan jerawat dan lain-lain masalah di wajah. Tak perlu susah-susah, it is all about lifestyle.


1.        Minum air putih secukupnya sesuai keperluan badan. Kita sedia maklum pengambian air putih penting untuk menjaga kelembapan kulit, memudahkan proses detoksifikasi dan perkumuhan oleh tubuh, membantu kelancaran fungsi organ lantas menghasilkan sel-sel kulit yang sihat dan cantik.

2.        Rajin makan sayur dan buah. Letakkan target untuk makan 4-5 potong buah dan 1-2 hidangan sayuran setiap hari. Tak suka? Cubalah. Mungkin ini masanya untuk anda belajar buat salad buah dan sayur. Buah dan sayur selain diketahui kaya fiber yang bagus untuk proses perkumuhan tubuh, ia juga mengandungi pelbagai zat yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan sel kulit.

3.        Cucilah wajah secara teratur. Dua kali sehari dah cukup sebenarnya, tak perlu lebih-lebih. Gunakan pencuci wajah yang lembut dan sesuai untuk kulit. nak tahu pasal skin care enfuselle Shaklee? (klik sini)
Juga, gunakan air sejuk semasa mencuci wajah untuk mengelakkan kulit wajah daripada kering, seterusnya jadi berkedut dan kelihatan tua! Terbaik, sapukan krim atau serum wajah yang sesuai untuk wajah selepas mencuci ya? yang lebih baik ambillah wudhu' dengan sempurna setiap kali sebelum solat. muka anda rasa lebih bersih dan segar


4.        Tidur yang cukup. Kurang tidur akan membuat kulit anda stress tau.. Stress mengganggu fungsi organ tubuh seterusnya akan beri kesan kepada seluruh tubuh. Tak percaya, cuba ingat-ingat masa belajar bilakah waktunya jerawat rajin singgah di wajah selain waktu haid? So, pastikan tubuh kalian mendapat rehat dan tidur secukupnya. Jangan terlebih tidur sebab nanti jadi sembab pula!

5.        Rajinlah bersenam untuk keluarkan peluh. Peluh-peluh ni mengandungi toksin sebab itu ia sepatutnya dikeluarkan daripada tubuh kita. Toksin pula ialah racun. Takkan nak simpan racun dalam badan kot kan? Jika tak dapat konsisten bersenam 30 minit untuk 3 kali seminggu, jangan rasa bersalah. Letakkan target mesti bersenam at least seminggu sekali kalau dah tahap sibuk sangat. Atlet negara ramai yang kulit cantik-cantik, glowing skin naturally lagi pula bersenam buat kita rasa happy :-). paling-paling buatlah 10 000 steps untuk kesihatan jantung anda

6.        Last but not least, tolonglah jangan pegang-pegang sangat muka tu, lagi-lagi time ada jerawat. Tangan manusia sangat cepat memindahkan kuman dari satu tempat ke satu tempat. Picit-picit jerawat apatah lagi. Pastikan tangan betul-betul bersih dan peralatan yang digunakan untuk wajah telah distril.


Jadi, tu dia 6 tips mudah yang dapat saya share untuk semua. Senang kan? Bagi peminat produk Shaklee pula, ada lagi berita gembira untuk anda.

Bersama dengan 6 tips di atas, anda boleh amalkan pengambilan ALFALFA, ESP DAN VITAMIN E untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman. 

baca lebih lanjut tentang basics about jerawat di sini.

terima kasih sudi membaca :)

(sebahagian bahan dipetik dari Pn Hadha, terima kasih hadha)


Safiya
0162229140
safiya5462@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia?

Bagaimana Pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah Boleh Melindungi Kanak-Kanak Dari Pedofilia? Setiap pihak berperanan penting dalam melindungi kanak-kanak dari mangsa pedofilia. Golongan ini tidak suka menonjolkan diri jadi medan mereka adalah medan laman sosial.. mereka memerhatikan gambar-gambar yang pada kita hanya gambar biasa, anak celebrate birthday, anak menangis, anak terjatuh dan bermacam lagi.. semua gambar itu pada pandangan kita cuma biasa.. Tetapi pada pandangan pedofilia ini, ia berbeza.. mereka melihatnya tidak sama seperti kita. jadi selain ibu bapa, pihak Nurseri/Pra-Sekolah/Sekolah juga perlu prihatin pada isu ini dan ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil: