Skip to main content

Osteoarthritis: Apa yang perlu saya tahu

Osteoarthritis (OA)


OA juga dikenali sebagai artritis degeneratif. Ia merupakan di antara lebih daripada 100 jenis artritis yang berbeza keadaannya, OA paling kerap terjadi membabitkan 10 hingga 20 peratus orang dewasa di Malaysia.

OA lebih kerap terjadi dengan peningkatan usia; bagi lelaki masalah biasanya bermula sebelum 45 tahun dan selepas 55 tahun bagi wanita.

Figure 5: The incidence of osteoarthritis in overweight and normal weight individuals. There were 35 individuals (M/F 6/29) in the overweight category and 40 (M/F 12/28) in the normal weight group

Samuel AM, Jain H M. Scintigraphic changes of osteoarthritis: An analysis of findings during routine bone scans to evaluate the incidence in an Indian population. Indian J Nucl Med [serial online] 2012 [cited 2014 Jan 26];27:73-80. Available from: http://www.ijnm.in/text.asp?2012/27/2/73/110679
Insiden yang lebih tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan


Kenapa ia terjadi? 

Oa ni ada dua jenis , OA primer atau OA sekunder.


OA primer berlaku disebabkan proses penuaan. Apabila meningkat tua, kandungan air di dalam tulang rawan berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan itu akan merosot, menyebabkan permukaan tulang rawan menggelupas dan merekah lalu membentuk alur halus. Dalam kes yang serius, tulang rawan yang melitupi sendi rosak teruk sehingga mendedahkan tulang yang membentuk persendian berkenaan.




Penggunaan berulang kali sendi yang haus selama beberapa tahun boleh menyebabkan radang berlaku pada tulang rawan dan sendi menjadi bengkak serta sakit. Kerosakan tulang rawan menyebabkan tulang sendi bersentuhan dan bergeseran. Ia membuatkan rasa sakit dan mengehadkan pergerakan sendi. Radang yang berlaku juga merangsang pembentukan tulang baru (taji, juga disebut sebagai osteofit) di sekeliling sendi.









OA juga terjadi disebabkan penyakit atau keadaan lain seperti obesiti, trauma berulang dan pembedahan ke atas struktur dalam sendi, kecacatan kongenital (sejak lahir), gout dan kencing manis. Obesiti menyebabkan OA dengan meningkatkan tekanan mekanikal kepada tulang rawan. Pada usia emas, obesiti menjadi faktor risiko paling kuat untuk OA sendi sendi lutut. 





Gangguan hormon seperti diabetes dan hormon pertumbuhan tidak teratur juga dikaitkan dengan kehausan awal tulang rawan dan OA sekunder.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan

Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus ... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang: 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah Faedah Berjalan Kaki