Skip to main content

Azam untuk turunkan berat badan: there is no short cut

Assalamualaikum wbt..

:) we meet again.. ni adalah entry ke 6 untuk siri "azam untuk turunkan berat badan"

Ramai orang kalau boleh nak turunkan berat badan dengan cara yang paling cepat dan paling mudah didapati tanpa perlu berusaha keras 


Nak kurus cepat tapi nak cara yang tak payah buat exercise, nak makan sama sahaja seperti sekarang .. Cuma nak ambik supplement sahaja?.. adakah ini cara yang betul?


Kaedah-kaedah ini , walaupun boleh membantu sesetengah kehilangan berat badan dengan cepat, tetapi ia tidak berkekalan dalam jangka masa panjang dan tidak berkesan terhadap majoriti rakyat, apatah lagi kesan sampingan yang serius kepada kesihatan manusia . Dalam kebanyakan kes, penurunan berat badan yang dicapai hanya sementara.
 
Dalam kebanyakan kes, penurunan berat badan yang dicapai hanya sementara.
Mengapa ia adalah lebih mudah untuk dapat balik berat badan asal jika anda kehilangan berat badan anda dengan cepat menggunakan semua produk-produk diet sedia ada?

Badan kita mempunyai memori dan sensor bagi penyimpanan lemak.
Oleh kerana memori ini, badan akan menukar nutrien lain sedia ada iaitu glukosa dan protein badan kita ke dalam bentuk lemak simpanan . 

Apabila badan kita mengesan kehilangan lemak, ia akan secara pantas berusaha memenuhi kembali tahap lemak berdasarkan memori badan yang sedia ada .

Satu contoh ialah , jika % lemak anda selama ini adalah sekitar 33.2 %, badan anda akan memastikan bahawa ia menyimpan lebih banyak lemak dan menukar nutrien lain ke dalam lemak untuk mengekalkan 33.2 % lemak badan sekiranya berlaku kehilangan berat badan yang cepat.

Ini juga merupakan sebab mengapa sesetengah pesakit obes yang menjalani prosedur liposuction perlu melakukan prosedur mahal ini berulang kali semata-mata untuk mengekalkan berat badan mereka .

Sebagai contoh lain, pesakit obes yang mempunyai beberapa kilogram lemak mereka dibuang semasa pembedahan akan mendapat kembali berat badan selepas itu.

Jika anda mengambil produk yang memudahkan kehilangan berat badan yang cepat, anda hanya akan kehilangan berat badan semasa mengambil produk (dalam tempoh yang singkat) dan pada saat anda berhenti mengambilnya atau kembali ke diet biasa anda, badan anda akan mula menyimpan kembali lemak ke tahap yang biasa sebelum mengambil produk ini.

Kajian menunjukkan dalam kalangan orang yang Berjaya turunkan berat badan, 40% adalah factor physical activity, 40% adalah berpunca dari pemakanan sihat, manakala 20% lagi dibantu oleh supplement.

Berjalan 10 000 langkah adalah antara satu cara yang disarankan bagi meningkat tahap fizikal aktiviti dan sesuai di buat oleh orang yang nak turunkan berat badan


Tetapi anda perlulah memilih supplement yang selamat dan diyakini, kerana banyak diluar sana supplement yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine yang tidak dibenarkan oleh KKM.





buatlah pilihan yang bijak!

till we meet again in shaa Allah

sebahagian source article ini dirujuk daripada : MMGazette

Comments

  1. Hi safiya...teruja baca entry ni...hehehe...k.ana
    La salah sorang nk kurangkan berat tp tk buat apa2..makan sama jje...dulu kecik molek skrg dh berisi sana sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. k Ana!! :) sorry sangat saya tak perasan comment k Ana.. rindu pada k Ana yang comel :)

      tak susah sangat tau nak kurus bila kite betul-betul nak jadi mudah je :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment