Skip to main content

Berjalan 10 000 Langkah: Tips dan Fakta Yang Mesti Diketahui untuk Kuruskan Badan


Tips dan Fakta yang mesti diketahui oleh orang yang ingin kuruskan badan


Anda sudah menanam minat untuk berjalan 10 000 langkah sehari selepas mengetahui bahawa berjalan boleh membuatkan badan anda kurus... Sebelum itu, jom baca beberapa tips dan fakta menarik. Kenapa? Kerana bila kita mulakan sesuatu dengan ilmu, ia pasti menambahkan motivasi anda untuk kuruskan badan. Saya ingin kongsikan tentang:

  • 5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah
  • Tips Membuat Target Penurunan Berat Badan melalui Berjalan
  • Aktiviti Yang Membakar Kalori Bersamaan Dengan Berjalan 10,000 Langkah
  • Faedah Berjalan Kaki
____________________________________________________________________________________________

5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah


Ramai yang bertanya pada saya berapa jauhkan agaknya 10 000 langkah ini... dan berapa lama masa yang diperlukan untuk cukup 10 000 langkah.. jom kita kira bersama berdasarkan panduan dari KKM:
  1. Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380- 500 kalori, begantung pada berat anda)
  2. Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah
  3. Secara purata 1 minit = 100 langkah
  4. Anggaran jangka masa diperlukan untuk 10 000 langkah = 100 minit = 1 jam 40 minit
  5. Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.
***Contoh: (Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg): - Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer


Tips Mengira Target Penurunan Berat Badan Dari Berjalan



Anda pasti ingin membuat target yang realistik supaya impian anda untuk turunkan berat badan menjadi kenyataan. Tapi bagaimana nak tetapkan target yang realistik ini?..Pengiraan ini boleh membantu anda:

Bila anda berjalan 10,000 langkah sehari = 500 kalori digunakan( anggaran)
Jadi, 7 hari dalam seminggu = 500 x 7
= 3500 kalori telah digunakan.
= 0.5 kg akan berjaya diturunkan.
akhirnya, cukup sebulan = 0.5 x 4 = 2 kg berat badan akan turun!!.

Jadi anda perlu sekurang-kurangnya 3 bulan untuk turun 6 kg. Selain berjalan, pemakanan anda juga sangat penting dan mempengaruhi penurunan berat badan anda, jangan lupa!! Pengambilan supplement yang bersesuaian juga penting supaya anda kekal bertenaga untuk menyempurnakan aktiviti fizikal ini untuk jangkamasa panjang.


Jika anda tidak punyai masa untuk berjalan cukup 10 000 langkah atau lebih berminat dengan aktiviti fizikal yang lain, anda boleh pilih aktiviti lain:


Berjalan dengan langkah 10,000 sama seperti:

  • Berenang selama 90 minit
  • Berbasikal selama 70 minit
  • Berjalan 10 blok
  • Bermain bola sepak selama 90 minit


9 Faedah Berjalan Kaki

Selain untuk menurunkan berat badan, dengan mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten, ia juga memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
  10. Mendapat tidur yang nyenyak



Anda pasti berminat untuk membaca:
  1. Shaklee Inch Loss program yang membantu ramai orang bertenaga untuk membuat aktiviti untuk kuruskan badan
  2. AJHT, Advanced Joint Health Tablet yang memberi support untuk sendi yang bebas bergerak
  3. Persediaan awal bagi mereka yang nak kuruskan badan

Hubungi saya sekarang untuk belian supplement yang bersesuaian:

Safiya
0162229140
safiya5462@gmail.com

Comments

  1. Yang penting/..jimatkan kos beli ubat-ubatan..hehe

    ReplyDelete
  2. Ha ah, kalau masih sihat.. Kalau dah ada sakit.. Nk kena beli juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman jual: Atasi rasa takut Saya realize halangan pertama apabila saya mula menjual shaklee ialah rasa tidak yakin atau takut. Rasa tidak yakin ni pula ada banyak lapisan.  Yang pertama ialah yang berkaitan dengan diri sendiri. Saya rasa ragu ragu, boleh ke jual ni?  Saya mampu ke jual? Nanti apa orang kata? Soalan macam ni mmg banyak bermain di fikiran waktu awal awal nak mula jual. Lalu strategy yang dibina banyak kaitan dengan mengatasi rasa takut ni. . Saya cari jalan yang mudah untuk jual --> Cari orang yang saya rasa memang nak beli produk ni. Sebab, . Satu perkara yang saya realize, Apabila ada orang beli, keyakinan diri akan bertambah 1%. Apabila ada seorang lagi beli, ia bertambah lagi jadi 2%. Keyakinan diri itu terbentuk dari kejayaan kejayaan kecil. Lalu buat target kecil. Target yang mudah. Target yang rasa mampu dicapai. Fokus dulu pada target target yang kecil. Kejayaan yang lebih besar akan datang dari ...

Kenali Permainan Masteria Yang Melatih Anak Menjadi Master Coordinator Sejak Kecil

Supermom Masteria ramai yang tanya pasal masteria bila tengok anak saya Umar sangat seronok bermain masteria.. jom saya nak share sikit pasal masteria ni.. Siapa yang cipta? Masteria ni di ilhamkan oleh Master Hadhatina dan suami, Mohd Kamarul Bahrin. Ia menggambarkan liku-liku dan perjalanan mereka sebelum berjaya bergelar master. Ia bukan perjalanan yang mudah.. ada cabaran namun ia semua dapat diatasi dengan izin Allah jua Apa rasanya? sebelum saya cerita, jom dengar komen pendek Master Lyna Noh dan suami. Mereka adalah master coordinator yang sangat berjaya di dalam Shaklee business di usia muda lagi  :) Pengalaman saya Bila saya main ni dapat rasai dan lalui keadaan yang akan terjadi bila meneruskan perjalanan untuk jadi master.. Mmg rasa sangat real.. Apa kebaikan nya? Kajian menunjukkan bila kita sentiasa fikirkan sesuatu ia akan mempengaruhi kita, Bila sebut , % ia akan berlaku lebih tinggi.. Bila tulis % tu makin bertambah ... Te...